Aspek bahasa dan falsafah dalam mukun Melayu Sarawak

Pantun Melayu Sarawak (PMS), yang terkenal sebagai bermukun merupakan satu tradisi yang telah diamalkan semenjak dahulu lagi semasa majlis-majlis perkahwinan dan juga perayaan. Pantun yang digunakan semasa bermukun sebenarnya sangat unik dan berlainan daripada pantun lain. PMS menggunakan dialek Mel...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Juki, Hamsiah
Format: Thesis
Language:English
Published: 2018
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/83366/1/FBMK%202018%2078%20-%20ir.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pantun Melayu Sarawak (PMS), yang terkenal sebagai bermukun merupakan satu tradisi yang telah diamalkan semenjak dahulu lagi semasa majlis-majlis perkahwinan dan juga perayaan. Pantun yang digunakan semasa bermukun sebenarnya sangat unik dan berlainan daripada pantun lain. PMS menggunakan dialek Melayu Sarawak dan disampaikan secara bermukun. Kebanyakan mesej yang disampaikan ialah berkaitan kehidupan masyarakat Melayu Sarawak. Objektif kajian ini ialah membincangkan aspek bahasa yang terdapat dalam bermukun Melayu Sarawak, menganalisis implikatur dalam lirik bermukun Melayu Sarawak dan merumus aspek falsafah dominan dalam bermukun Melayu Sarawak. Kaedah yang digunakan ialah pemerhatian dan kajian lapangan. Sebanyak 130 rangkap PMS yang diperoleh hasil kajian lapangan dijadikan bahan kajian. Tempat kajian ialah di Kampung Jaie dengan 4 orang responden yang masih aktif dengan aktiviti bermukun. Teori yang digunakan ialah TFB dan TR. Kaedah yang digunakan ialah kualitatif dengan menganalisis 130 rangkap pantun yang diperoleh semasa kajian lapangan. Perkara yang diberikan tumpuan ialah aspek bahasa, implikatur dan juga falsafah dominan dalam pantun yang digunakan semasa bermukun. Pantun tersebut dipecahkan pula mengikut keperluan dan kesesuaian objektif. Sebanyak 40 rangkap pantun yang dipilih untuk melihat aspek yang berkaitan bahasa dan aspek bahasa yang dilihat ialah kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. Sebanyak 301 patah perkataan yang dapat dikaitkan dengan aspek Bahasa. Hasil analisis mendapati 38.5% kata nama, 12.6% kata adjektif, 33.2% kata kerja dan 15.6% kata tugas. Hasil kajian mendapati bahawa kata nama ialah paling banyak digunakan dalam pantun semasa bermukun, 12 implikatur yang sesuai dan juga sebanyak 115 rangkap pantun yang dapat dikaitkan dengan aspek falsafah dominan PMS.