Kata pinjaman bahasa Inggeris dalam bahasa Melayu dari sudut sosiolinguistik

Kajian ini memfokuskan kepada kata pinjaman Inggeris dalam bahasa Melayu.Perbincangan melibatkan aspek penerimaan dan sikap bahasa pelajar terhadap penyerapan kata pinjaman Inggeris ke dalam Bahasa Melayu.Idea tentang kajian ini tercetus memandangkan tindakan sebilangan masyarakat Malaysia yang...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abdul Ghani, Hisamuddin
Format: Thesis
Language:English
Published: 2018
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/83387/1/FBMK%202018%2081%20-%20IR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini memfokuskan kepada kata pinjaman Inggeris dalam bahasa Melayu.Perbincangan melibatkan aspek penerimaan dan sikap bahasa pelajar terhadap penyerapan kata pinjaman Inggeris ke dalam Bahasa Melayu.Idea tentang kajian ini tercetus memandangkan tindakan sebilangan masyarakat Malaysia yang gemar menyerap kata asing sewenang-wenangnya dan telah memberi pelbagai tanggapan kurang baik terhadap martabat bahasa Melayu.Selain itu, lunturnya penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar disebabkan penyerapan kata pinjaman Inggeris dan juga pembentukan kosa kata baharu sebagai hasil ciptaan pengguna bahasa yang kreatif. Hasil penulisan dan kajian tentang aspek kata pinjaman Inggeris masih kurang. Setakat ini hanya ada beberapa kajian yang mengkaji penggunaan kata pinjaman Inggeris dalam akhbar dan dalam kalangan remaja. Oleh itu, ini memberi ruang untuk sebuah kajian dilaksanakan untuk mengaitkan aspek kata pinjaman dengan penerimaan dan sikap bahasa dalam kalangan pelajar di Institut Pendidikan Guru. Secara khususnya, objektif kajian ini adalah untuk menganalisis tahappenerimaanpelajar terhadap sebuatan baku bagi kata pinjaman Inggeris.Objektif seterusnya adalah untuk menganalisis tahap penerimaan pelajar terhadap kosa kata pinjaman Inggeris. Manakala objektif terakhir adalah untuk menghubungkait tahap penerimaan pelajar terhadap kosa kata pinjaman Inggeris dengan faktor sikap bahasa berdasarkan Teori Sikap Bahasa Fishman dan Agheyis (1970). Kajian ini menggunakan pendekatan deskriptif berbentuk kualitatif dengan teknik pengutipan data secara temu bual terbuka, pemerhatian turut serta dan analisis dokumen. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penerimaan pelajar terhadap sebutan baku bagi kata pinjaman Inggeris adalah pada tahap rendah. Dari segi penerimaan pelajar, menunjukkan tahap penerimaan cemerlangterhadap kata pinjaman Inggeris dalam bahasa Melayu. Akhirnya dapatan kajian telah dapat mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong pelajar memilih dan menggunakan kata pinjaman Inggeris berbanding kosa kata Melayu sedia ada berdasarkan mandala kognitif, afektif dan konatif. Hasil kajian ini dapat digunakan untuk menjelaskan persepsi masyarakat bagi membantu proses pembangunan bahasa Melayu di Malaysia.