Perbandingan penguasaan sintaksis Bahasa Arab dalam kalangan pelajar di daerah Hulu Langat, Malaysia

Kajian berbentuk penguasaan sintaksis adalah kritikal terutama melibatkan penguasaan sintaksis terutamanya Bahasa Arab. Berdasarkan kepada pernyataan masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar, mereka menghadapi beberapa topik sintaksis Arab yang sukar difahami. Oleh yang demikian, data-data terk...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Syed Abd Hamid, Syed Mohd Annas
Format: Thesis
Language:English
Published: 2018
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/83402/1/FBMK%202018%2089%20-%20ir.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian berbentuk penguasaan sintaksis adalah kritikal terutama melibatkan penguasaan sintaksis terutamanya Bahasa Arab. Berdasarkan kepada pernyataan masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar, mereka menghadapi beberapa topik sintaksis Arab yang sukar difahami. Oleh yang demikian, data-data terkumpul dianalisis secara deskriptif menggunakan kaedah peratusan. Didapati dari kajian rintis pelajar-pelajar menghadapi masalah yang kritikal terhadap topik-topik sintaksis Arab. Oleh sebab itu, perbandingan kedua-dua sekolah ini membawa kepada skala yang lebih besar terhadap kajian siktaksis Arab yang lebih bermakna dalam bidang kajian bahasa Arab Oleh itu, tujuan utama kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti (1) tahap penguasaan sintaksisbahasa Arab dalam kalangan pelajar daerah Hulu Langat, (2) untuk membandingkan tahap penguasaan sintaksis bahasa Arab dalam kalangan pelajar di Sekolah Agama Menengah Hulu Langat dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Hamidiah, (3) mengenal pasti tajuk-tajuk sintaksis yang sukar untuk dikuasai pelajar. Kajian ini dijalankan terhadap 130 orang pelajar tingkatan 5, Sekolah Agama Menengah (SAM) Hulu Langat dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Maahad Hamidiah. Kajian ini merupakan kajian tinjauan dan data-data terkumpul melalui soalan bertulis.. Frekuansi dan peratusan digunakan bagi mengukur pencapaian soalan bertulis pelajar. Kajian menunjukkan bahawa kemahiran menulis responden dalam sintaksis bahasa Arab adalah lemah. Perbandingan tahap penguasaan menulis antara SAM Hulu Langat dan SMKA Maahad Hamidiah pula menunjukkan pelajar dari SMKA Maahad Hamidiah lebih menguasai kemahiran menulis tajuk sintaksis berbanding pelajar dari SAM Hulu Langat. Di samping itu, tajuk-tajuk yang sukar untuk dikuasai oleh pelajar dalam ujian bertulis ialah adalah Al-Fā’il, Al-Mubtada’ Wal Khobar, Al-Maf’ūl Bihi, An-Na’tu, Al- Af’āl Al-Khomsah dan Al-Asmā’ Al-Khomsah.