Amalan kepemimpinan pengurusan tertinggi felda dalam membangunkan sumber manusia dalam kalangan pegawai FELDA
FELDA merupakan salah sebuah agensi kerajaan Malaysia yang menangani penempatan semula penduduk luar bandar yang miskin ke kawasan-kawasan yang baru dibangunkan agar dapat meningkatkan taraf ekonomi mereka. Namun sejak akhir ini FELDA menghadapi permasalahan pengurusan seperti tuntutan pentadbir...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2019
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/84590/1/FPP%202019%2030%20ir.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | FELDA merupakan salah sebuah agensi kerajaan Malaysia yang menangani
penempatan semula penduduk luar bandar yang miskin ke kawasan-kawasan
yang baru dibangunkan agar dapat meningkatkan taraf ekonomi mereka.
Namun sejak akhir ini FELDA menghadapi permasalahan pengurusan seperti
tuntutan pentadbiran yang cekap daripada peneroka sendiri, tuduhan
salahguna pengurusan daripada pihak media, pengurusan konflik
kepemimpinan dan pandangan negatif masyarakat tentang pengurusan
organisasi. Dalam keadaan yang penuh dengan konflik dan isu yang
berbangkit tentang FELDA, kajian ini bertujuan menjawab persoalan
bagaimana amalan kepemimpinan pengurusan tertinggi Felda
membangunkan sumber manusia, apakah cabaran yang dihadapi oleh
pengurusan tertinggi Felda dan bagaimana pengurusan tertinggi Felda
menghadapi cabaran tersebut.
Rekabentuk kajian kaedah kualitatif induktif ini menggunakan kaedah kajian
kes melibatkan jumlah responden yang terpilih adalah seramai enam (6)
orang. Teknik pengumpulan data dalam kajian ini adalah melalui temubual
berdasarkan garis panduan yang telah direkabentuk. Analisis data dilakukan
dengan menggunakan perbandingan berterusan (constant comparative). Bagi
tujuan kesahihan kajian, teknik pemeriksaan rakan, triangulasi dan semakan
ahli telah digunakan.
Hasil kajian mendapati terdapat lima amalan utama pengurusan tertinggi
Felda iaitu amalan kerja berpasukan, amalan kerja beretika, amalan kerja
berdasarkan pengetahuan, berkomunikasi secara bersemuka dan menggalakkan organisasi sebagai tempat pembelajaran. Ini menepati dengan
empat dimensi yang terdapat dalam model kepemimpinan transformasional
iaitu pengaruh yang ideal, inspirasi motivasi, merangsang intelek dan
pertimbangan individu. Kajian ini juga mendapati empat cabaran utama
pengurusan ialah berkaitan mendepani warga Felda yang semakin matang,
campurtangan parti politik, tahap pendidikan pengurusan yang rendah dan
sikap pengurusan tidak cekap. Selain itu mereka turut menerapkan
pendekatan pembangunan sumber manusia dalam organisasi terutama
berkaitan pembangunan organisasi, pembangunan kerjaya dan
pembangunan latihan. Hasil kajian turut mendapati faktor komunikasi
pemimpin berperanan dalam menguatkan lagi keempat dimensi yang terdapat
pada model kepemimpinan transformasional sedia ada.
Bagi mengatasi cabaran tersebut berdasarkan kajian ini mendapati
kepentingan mengadakan kursus latihan yang bersesuaian dalam
menambahkan lagi ilmu pengetahuan pihak pengurusan selain memberikan
pendedahan pengurusan dalaman dan luaran organisasi. Ini membolehkan
pengurusan Felda melahirkan ramai pemimpin yang berkaliber di masa
hadapan. Kajian juga telah menyumbangkan informasi yang bernilai untuk
pengurusan atasan Felda selain menyumbang kepada model pembangunan
organisasi.
Secara keseluruhannya, dapatan kajian mendapati bahawa pengurusan
Felda telah mengamalkan kepemimpinan transformasional yang
komprehensif dan menginspirasi dalam menguruskan organisasi. Kesimpulan
yang boleh dibuat adalah dimensi komunikasi sangat penting bagi
memastikan keempat-empat dimensi transformasional sedia ada dapat
diaplikasikan secara berkesan dalam amalan kepemimpinan transformasional
seseorang pemimpin. Semoga hasil dari kajian ini dapat membantu
pengurusan Felda mahupun untuk merancang strategi yang berkesan dalam
melaksanakan amalan kepemimpinan yang cemerlang dimasa akan datang. |
---|