Rekabentuk dan pembangunan perisian multimedia bagi fizik semikonduktor asas untuk pelajar pra-siswazah
Pembinaan penslan interaktif bagi tajuk 'Fundamental of Semiconductor Physics' dicadangkan bagi membantu pelajar pra-siswazah dengan merealisasikan konsep pembelaj aran secara maya. Tujuan utama projek ini untuk menyelesaikan masalah miskonsepsi di kalangan pelajar dalam peranti semikon...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English Malay |
Published: |
2008
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8533/1/FS_2008_30_IR.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pembinaan penslan interaktif bagi tajuk 'Fundamental of Semiconductor Physics'
dicadangkan bagi membantu pelajar pra-siswazah dengan merealisasikan konsep
pembelaj aran secara maya. Tujuan utama projek ini untuk menyelesaikan masalah
miskonsepsi di kalangan pelajar dalam peranti semikonduktor dan membina e-buku bagi
fizik semikonduktor. Persembahan animasi grafik direka sebagai penyelesaian masalah
miskonsepsi yang dikenalpasti daripada edaran soalan tinjauan yang meliputi subtopik
daripada ujian 1 semester kedua 2005/2006.
Pra-uj ian dan pos-ujian diberikan kepada pelajar bagi tujuan memantau prestasi mereka
iaitu sebelum dan selepas menggunakan perisian. Penilaian intensif yang dinamakan
teknik Pembelajaran Masteri, telah dijalankan kepada pelajar Bacelor Sains dengan
Kepujian pada semester pertama dan kedua sessi 2006/2007. Kumpulan pelajar
dibahagi kepada tiga iaitu, kumpulan tinjauan (rintis) seramai 35 pelajar, kumpulan kawalan tidak menggunakan perisian multimedia seramai 30 pelajar dan kumpulan
eksperimen yang menggunakan perisian multimedia seramai 30 pelajar. Ujian rintis ke
atas pelajar tahun akhir dijalankan terlebih dahulu sebelum ujian sebenar dijalankan bagi
mengesan kesesuaian penggunaan perisian multimedia ketika sessi pembelajaran
seterusnya membantu pengkaji membangun perisian yang sesuai.
Keputusan kaj ian yang dijalankan menunjukkan terdapat perbezaan signifikan bagi ujian
rintis dengan aras keertian (nilai sigma) p=0.000 «0.05) dan sama nilai dengan
keputusan pos-ujian 2 (kumpulan eksperimen). Manakala keputusan bagi pos-ujian 1
(kumpulan kawalan) adalah tidak signifikan (beerti) dengan nilai sigma p=0.856
(>0.05). Nilai Alpha Croanbach ialah 0.89 bagi sejumlah edaran soal selidik ketika posujian
2.
Manakala, persepsi pelajar terhadap prototaip perisian multimedia majoriti positif dan
bersetuju dengan kesesuaian antara muka multimedia dengan keseluruhan skor min 4.16
(sp=0.76), di mana sisihan p iawai (sp) adalah punca gandadua varians. Responden amat
positif dan menunjukkan respon yang tinggi terhadap aspek mudah membuat navigasi
apabila menggunakan perisian (min=4.34, sp=0.62) diikuti dengan pendekatan
pengajaran dan pembelajaran (min=4.23, sp=O.75). Dalam aspek ciri-ciri multimedia
(min=4.05, sp=0.77) dan rekabentuk paparan animasi grafik (min=4.05, sp=0.77).
Seterusnya rekabentuk pengajaran yang meliputi penyediaan latihan, maklumbalas, bank
soalan dan ruangan glossari (min=4.07, sp=0.57). Dapatan kajian penyelidikan
menunjukkan bahawa perisian multimedia menawarkan kepada pelajar pemahaman
yang sebenar terhadap konsep pembelajaran. |
---|