Penggunaan laras bahasa dalam buku teks Bahasa Arab Komunikasi Universiti Teknologi Mara berdasarkan pendekatan komunikatif
Penggunaan laras bahasa komunikatif dalam buku teks pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab Komunikasi (BAK) dapat melahirkan pelajar yang mampu mencapai kompetensi komunikatif. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab, pelajar dan guru selalu menjadikan buku teks sebagai rujukan utama. Kaji...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2019
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/85367/1/FBMK%202020%2013%20ir.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
id |
my-upm-ir.85367 |
---|---|
record_format |
uketd_dc |
institution |
Universiti Putra Malaysia |
collection |
PSAS Institutional Repository |
language |
English |
advisor |
Muhamad, Ab Halim |
topic |
Arabic language - Usage - Case studies Arabic language - Study and teaching |
spellingShingle |
Arabic language - Usage - Case studies Arabic language - Study and teaching Abdullah, Ibrahim Penggunaan laras bahasa dalam buku teks Bahasa Arab Komunikasi Universiti Teknologi Mara berdasarkan pendekatan komunikatif |
description |
Penggunaan laras bahasa komunikatif dalam buku teks pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Arab Komunikasi (BAK) dapat melahirkan pelajar yang mampu mencapai
kompetensi komunikatif. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab, pelajar
dan guru selalu menjadikan buku teks sebagai rujukan utama. Kajian menunjukkan
buku teks komunikatif yang bersesuaian dengan konteks pelajar, menggunakan laras
bahasa komunikatif yang sesuai boleh meningkatkan kompetensi komunikatif.
Walau bagaimanapun, peranan buku teks sebagai sumber rujukan utama boleh
terjejas akibat kandungan yang tidak bercirikan komunikatif, termasuk laras bahasa
yang tidak disajikan dengan baik. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk (i) mengenal
pasti kesesuaian tajuk dalam buku teks Bahasa Arab Komunikasi UiTM berdasarkan
pendekatan komunikatif, (ii) menjelaskan ciri kosa kata Arab dalam buku teks BAK
UiTM berdasarkan pendekatan komunikatif, serta (iii) menganalisis ciri uslub bahasa
dalam buku teks BAK UiTM berdasarkan pendekatan komunikatif. Teori kajian
laras bahasa Ure & Ellis (1977), digunakan untuk melihat aspek laras kosa kata, laras
ayat dan laras ketenunan dalam buku teks yang dikaji. Manakala teori pendekatan
komunikatif Tu’aymah (2001) digunakan sebagai teori asas dalam pengajaran
Bahasa Arab Komunikasi. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif. Data diperoleh
melalui kaedah temu bual dan disokong oleh data daripada kaedah tinjauan serta
analisis kandungan. Seramai lapan (8) orang pensyarah pakar Bahasa Arab dari
IPTA di Malaysia telah ditemu bual, manakala 47 orang yang lain telah menjawab
soal selidik yang disediakan. Analisis kandungan pula dilakukan ke atas buku teks
UiTM bagi mengetahui kekerapan, frekuensi dan peratusan laras uslub dan kosa kata
yang digunakan. Data temu bual ditranskrip dan dianalisis secara tematik
menggunakan perisian Atlas.ti versi 8. Data soal selidik pensyarah dan analisis
kandungan yang diperoleh dianalisis secara deskriptif. Hasil temu bual menunjukkan
tajuk komunikasi dalam buku teks UiTM sewajarnya berkisar tentang aktiviti
seharian pelajar yang selari dengan konteks sosial mereka, seperti pelancongan, perkelahan dan bersukan. Ia juga harus diaplikasikan dari aspek budaya dan
kehidupan sosial masyarakat Malaysia dan Arab seperti makanan, permainan,
pakaian dan perkahwinan. Walaupun majoriti (87%) responden menyatakan teks
kajian menggunakan kosa kata dan istilah yang sesuai untuk tujuan komunikasi,
kajian mendapati responden (83%) berpendapat kosa kata yang digunakan tidak
bersifat berulang (tikrār), tidak bersifat mudah (70%), serta tidak berdasarkan
konteks dan keperluan pelajar (94%). Dapatan kajian juga menunjukkan responden
berpendapat bahasa laras yang digunakan dalam teks kajian tidak sesuai dengan
konteks sosial pelajar (70%), tidak berkesinambungan di antara unit (92%), serta
laras dan uslub yang digunakan dalam teks kajian agak sukar untuk dipelajari (75%).
Majoriti (89.4%) berpendapat laras dalam buku teks UiTM tidak boleh
dikembangkan mengikut bidang kerjaya pelajar. Dapatan juga menunjukkan bentuk
uslūb istifhām, jumlaṯ ismiyyaṯ dan jumlaṯ fi’liyyaṯ tergolong dalam laras komunikasi
yang mudah dikuasai oleh pelajar. Berdasarkan dapatan kajian, dapat dibuat rumusan
bahawa laras bahasa komunikatif dalam buku teks BAK tidak menepati ciri laras
bahasa komunikatif kerana ia tidak mengambil kira aspek konteks, sosial dan budaya
pelajar. Laras bahasa komunikasi seharusnya bersifat mudah, pendek, jelas,
berdasarkan kepada perbualan seharian, hampir menyamai bahasa ibunda, bervariasi
dan berkesinambungan. Pemilihan ciri uslub dan laras bahasa pula hendaklah
berdasarkan kepada kerjaya pelajar di masa depan bagi tujuan meningkatkan
motivasi dan minat. |
format |
Thesis |
qualification_level |
Doctorate |
author |
Abdullah, Ibrahim |
author_facet |
Abdullah, Ibrahim |
author_sort |
Abdullah, Ibrahim |
title |
Penggunaan laras bahasa dalam buku teks Bahasa Arab Komunikasi Universiti Teknologi Mara berdasarkan pendekatan komunikatif |
title_short |
Penggunaan laras bahasa dalam buku teks Bahasa Arab Komunikasi Universiti Teknologi Mara berdasarkan pendekatan komunikatif |
title_full |
Penggunaan laras bahasa dalam buku teks Bahasa Arab Komunikasi Universiti Teknologi Mara berdasarkan pendekatan komunikatif |
title_fullStr |
Penggunaan laras bahasa dalam buku teks Bahasa Arab Komunikasi Universiti Teknologi Mara berdasarkan pendekatan komunikatif |
title_full_unstemmed |
Penggunaan laras bahasa dalam buku teks Bahasa Arab Komunikasi Universiti Teknologi Mara berdasarkan pendekatan komunikatif |
title_sort |
penggunaan laras bahasa dalam buku teks bahasa arab komunikasi universiti teknologi mara berdasarkan pendekatan komunikatif |
granting_institution |
Universiti Putra Malaysia |
publishDate |
2019 |
url |
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/85367/1/FBMK%202020%2013%20ir.pdf |
_version_ |
1747813533459939328 |
spelling |
my-upm-ir.853672021-12-30T03:47:03Z Penggunaan laras bahasa dalam buku teks Bahasa Arab Komunikasi Universiti Teknologi Mara berdasarkan pendekatan komunikatif 2019-12 Abdullah, Ibrahim Penggunaan laras bahasa komunikatif dalam buku teks pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab Komunikasi (BAK) dapat melahirkan pelajar yang mampu mencapai kompetensi komunikatif. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab, pelajar dan guru selalu menjadikan buku teks sebagai rujukan utama. Kajian menunjukkan buku teks komunikatif yang bersesuaian dengan konteks pelajar, menggunakan laras bahasa komunikatif yang sesuai boleh meningkatkan kompetensi komunikatif. Walau bagaimanapun, peranan buku teks sebagai sumber rujukan utama boleh terjejas akibat kandungan yang tidak bercirikan komunikatif, termasuk laras bahasa yang tidak disajikan dengan baik. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk (i) mengenal pasti kesesuaian tajuk dalam buku teks Bahasa Arab Komunikasi UiTM berdasarkan pendekatan komunikatif, (ii) menjelaskan ciri kosa kata Arab dalam buku teks BAK UiTM berdasarkan pendekatan komunikatif, serta (iii) menganalisis ciri uslub bahasa dalam buku teks BAK UiTM berdasarkan pendekatan komunikatif. Teori kajian laras bahasa Ure & Ellis (1977), digunakan untuk melihat aspek laras kosa kata, laras ayat dan laras ketenunan dalam buku teks yang dikaji. Manakala teori pendekatan komunikatif Tu’aymah (2001) digunakan sebagai teori asas dalam pengajaran Bahasa Arab Komunikasi. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif. Data diperoleh melalui kaedah temu bual dan disokong oleh data daripada kaedah tinjauan serta analisis kandungan. Seramai lapan (8) orang pensyarah pakar Bahasa Arab dari IPTA di Malaysia telah ditemu bual, manakala 47 orang yang lain telah menjawab soal selidik yang disediakan. Analisis kandungan pula dilakukan ke atas buku teks UiTM bagi mengetahui kekerapan, frekuensi dan peratusan laras uslub dan kosa kata yang digunakan. Data temu bual ditranskrip dan dianalisis secara tematik menggunakan perisian Atlas.ti versi 8. Data soal selidik pensyarah dan analisis kandungan yang diperoleh dianalisis secara deskriptif. Hasil temu bual menunjukkan tajuk komunikasi dalam buku teks UiTM sewajarnya berkisar tentang aktiviti seharian pelajar yang selari dengan konteks sosial mereka, seperti pelancongan, perkelahan dan bersukan. Ia juga harus diaplikasikan dari aspek budaya dan kehidupan sosial masyarakat Malaysia dan Arab seperti makanan, permainan, pakaian dan perkahwinan. Walaupun majoriti (87%) responden menyatakan teks kajian menggunakan kosa kata dan istilah yang sesuai untuk tujuan komunikasi, kajian mendapati responden (83%) berpendapat kosa kata yang digunakan tidak bersifat berulang (tikrār), tidak bersifat mudah (70%), serta tidak berdasarkan konteks dan keperluan pelajar (94%). Dapatan kajian juga menunjukkan responden berpendapat bahasa laras yang digunakan dalam teks kajian tidak sesuai dengan konteks sosial pelajar (70%), tidak berkesinambungan di antara unit (92%), serta laras dan uslub yang digunakan dalam teks kajian agak sukar untuk dipelajari (75%). Majoriti (89.4%) berpendapat laras dalam buku teks UiTM tidak boleh dikembangkan mengikut bidang kerjaya pelajar. Dapatan juga menunjukkan bentuk uslūb istifhām, jumlaṯ ismiyyaṯ dan jumlaṯ fi’liyyaṯ tergolong dalam laras komunikasi yang mudah dikuasai oleh pelajar. Berdasarkan dapatan kajian, dapat dibuat rumusan bahawa laras bahasa komunikatif dalam buku teks BAK tidak menepati ciri laras bahasa komunikatif kerana ia tidak mengambil kira aspek konteks, sosial dan budaya pelajar. Laras bahasa komunikasi seharusnya bersifat mudah, pendek, jelas, berdasarkan kepada perbualan seharian, hampir menyamai bahasa ibunda, bervariasi dan berkesinambungan. Pemilihan ciri uslub dan laras bahasa pula hendaklah berdasarkan kepada kerjaya pelajar di masa depan bagi tujuan meningkatkan motivasi dan minat. Arabic language - Usage - Case studies Arabic language - Study and teaching 2019-12 Thesis http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/85367/ http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/85367/1/FBMK%202020%2013%20ir.pdf text en public doctoral Universiti Putra Malaysia Arabic language - Usage - Case studies Arabic language - Study and teaching Muhamad, Ab Halim |