Kesepadanan makna peribahasa Jepun dan peribahasa Melayu berdasarkan konteks dan amalan

Peribahasa merupakan ungkapan-ungkapan pendek yang mudah diingati dan mempunyai maksud berkias dan tersirat yang bertujuan memberi nasihat, peringatan, sindiran dan sebagai pedoman hidup yang diwarisi turun temurun. Masyarakat Jepun dan masyarakat Melayu terkenal dengan ke...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Wan Idris, Wan Suhaila
Format: Thesis
Language:English
Published: 2020
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/85390/1/FBMK%202020%2041%20-%20ir.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Peribahasa merupakan ungkapan-ungkapan pendek yang mudah diingati dan mempunyai maksud berkias dan tersirat yang bertujuan memberi nasihat, peringatan, sindiran dan sebagai pedoman hidup yang diwarisi turun temurun. Masyarakat Jepun dan masyarakat Melayu terkenal dengan kesantunannya dalam mengungkapkan sesuatu perkara yang dapat dicerminkan melalui peribahasa. Kajian persamaan makna peribahasa Jepun dan peribahasa Melayu menunjukkan wujudnya interaksi kedua-dua masyarakat dengan alam sekeliling dan benda yang paling rapat dengan kehidupan harian mereka. Sehubungan itu, kajian ini menyenaraikan tiga objektif kajian iaitu pertama mengenal pasti persamaan makna dalam peribahasa Jepun dan peribahasa Melayu. Kedua, menganalisis persamaan makna peribahasa Jepun dan peribahasa Melayu berdasarkan corak pemikiran masyarakat Jepun dan masyarakat Melayu dan ketiga merumuskan persamaan makna peribahasa Jepun dan peribahasa Melayu berdasarkan konteks dan amalan. Metodologi kajian ini ialah menggunakan kaedah kepustakaan dan analisis teks. Kajian yang mengaplikasikan Teori Relevans (1986,1995) ini menggunakan data bagi peribahasa Jepun, “Nichiei Koji Kotowaza Jiten” terbitan Hokuseido Shote (1994) dan Kotowaza Jiten yang diterbitkan oleh Iwanami Shoten, Tokyo (2000). Manakala data kajian yang dipilih untuk peribahasa Melayu ialah “Peribahasa Melayu: Penelitian Makna dan Nilai” terbitan Universiti Putra Malaysia (2011) sebagai data kajian. Dalam kajian ini sebanyak 40 peribahasa telah dipilih untuk dianalisis merangkumi 20 peribahasa Melayu dan 20 peribahasa Jepun. Hasil kajian mendapati, terdapat empat unsur anggota badan, dua unsur tumbuhan, lima unsur haiwan, tiga bagi unsur alam benda dan unsur perasaan dan masing-masing satu bagi unsur adat, unsur rasa dan unsur tempat yang mempunyai persamaan makna. Di samping itu, Teori Relevans jelas membuktikan kewibawaannya dalam menginterprestasikan dan merungkai persamaan makna peribahasa Jepun dan peribahasa Melayu. Kesimpulannya, kajian ini memberi kefahaman tentang persamaan pemikiran yang wujud di antara masyarakat Jepun dan masyarakat Melayu walaupun terdapat perbezaan budaya, pegangan agama dan kedudukan geografi.