Pembentukan Kaedah Pengesan Racun Makhluk Perosak Menggunakan Teknik Elektrod Enzim dan Enzim Imunoasai
Kaedah elektrod enzim dan kaedah enzirn imunoasai telah dibentuk untuk menganggarkan kepekatan racun rnakhluk perosak dalam pemonitoran alam sekitar. Enzim Asetilkolinesterase (AchE) dan Kolin Oksidase (ChO) yang disekatgerak pada rnernbran elektrod oksigen secara fizikal, taut silang dan pemeran...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English Malay |
Published: |
1996
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8616/1/FSAS_1996_17_A.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kaedah elektrod enzim dan kaedah enzirn imunoasai telah dibentuk untuk
menganggarkan kepekatan racun rnakhluk perosak dalam pemonitoran alam sekitar.
Enzim Asetilkolinesterase (AchE) dan Kolin Oksidase (ChO) yang disekatgerak pada
rnernbran elektrod oksigen secara fizikal, taut silang dan pemerangkapan gelatin telah
digunakan sebagai elektrod enzim. Sekatgerak enzim secara taut silang didapati paling
sensitif untuk penentuan racun makhluk perosak. Racun Paration, Karbofuran dan asid
2,4-Dwiklorofenoksi asetik (2,4-D) telah digunakan untuk menguji darjah kesensitifan
elektrod enzirn. Elektrod enzim dengan enzim yang disekatgerak secara taut silang
menunjukkan separuh perencatan maksimum (I₅₀) bagi Paration ialah 0.00001 µg/L dan
0.0002 µg/L bagi Karbofuran. Tiada kesan perencatan bagi racun 2,4-D. Julat kepekatan
racun yang boleh dikesan oleh elektrod enzim adalah 0.00001-0.0001 µg/L bagi Paration
dan 0.00001-0.001µg/L bagi Karbofuran. 2-amino-2-(hidroksimetil)-1,3-propandiol (2-
PAM) pada kepekatan 1 x 10-3M didapati sesuai digunakan sebagai bahan pengaktif bagi
enzim pada elektrod yang telah didedahkan kepada racun makhluk perosak |
---|