Fungsi Sistem Hipermedia dan Pengintegrasiannya

Tesis ini membincangkan tentang kajian mengenai fungsi-fungsi Sistem Hipermedia serta pengintegrasian fungsi-fungsi tersebut. Kajian dilakukan dengan mengkaji Reka Bentuk sistem hipermedia yang telah wujud dan membina satu Sistem Prototaip Penyemak Seimbas Hipermedia (Mikromedia). Mikromedia dib...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Md Saman, Azmi
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 1997
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8639/1/FSAS_1997_24_A.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tesis ini membincangkan tentang kajian mengenai fungsi-fungsi Sistem Hipermedia serta pengintegrasian fungsi-fungsi tersebut. Kajian dilakukan dengan mengkaji Reka Bentuk sistem hipermedia yang telah wujud dan membina satu Sistem Prototaip Penyemak Seimbas Hipermedia (Mikromedia). Mikromedia dibangunkan menggunakan bahasa pengaturcaraan Visual Basic. Mikromedia beroperasi dalam persekitaran pengaturcaraan tetingkap menggunakan komputer peribadi multimedia (multimedia PC). Salah satu fungsi utarna Mikromedia adalah sebagai penyemak seimbas untuk memaparkan dokumen hipermedia. Dokumen hipermedia ini boleh dibina oleh pengguna menggunakan Editor Teks yang terdapat dalarn Mikromedia. Dokumen hipermedia yang hendak dibina mesti menggunakan Bahasa Hiperteks Mikromedia. Bahasa Hiperteks Mikromedia merupakan satu Bahasa Tandaan (Markup Language) yang digunakan untuk 'mengaturcara' dokumen hipermedia. Penggunaan Bahasa Hiperteks Mikromedia ini harnpir sarna dengan konsep HTML (HyperText Markup Language) untuk dokumen dalam Web. Mikromedia mempunyai beberapa fungsi untuk membantu pengguna membina atau mengarang dokumen hipermedia. Fungsi-fungsi tersebut adalah Editor Teks, Editor Grafik, Editor Audio, Penterjemah Teks-kepada-penuturan (Text-to-speech) dan Sistem Bantuan. Pengguna boleh membina koleksi maklumat yang mengandungi teks, grafik, suara dan video yang dintegrasikan ke dalam dokumen hipermedia. Mikromedia juga boleh digunakan sebagai sistem pengarang untuk membangunkan Buku Elektronik bagi komputer tersendiri dengan menggunakan konsep hipermedia.