Aspek-aspek moral dalam sajak-sajak Rejab F. I. 1960 hingga 1980

Dalam sejarah penulisan kritikan karya sastera, unsur moral yang terkandung di dalamnya sentiasa menjadi ukuran para pengkaji. Oieh itu setiap unsur yang terkandung di dalam sesuatu hasil karya adalah saling berkaitan dan membantu dalam memperjelaskan konsep moral kepada khalayak. Oleh itu dalam...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mahamood, Ahmad
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 2000
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8758/1/FBMK_2000_14%20IR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Dalam sejarah penulisan kritikan karya sastera, unsur moral yang terkandung di dalamnya sentiasa menjadi ukuran para pengkaji. Oieh itu setiap unsur yang terkandung di dalam sesuatu hasil karya adalah saling berkaitan dan membantu dalam memperjelaskan konsep moral kepada khalayak. Oleh itu dalam kajian ini, sajak-sajak Rejab F. I. telah dilakukan untuk memperlihatkan unsur-unsur tersebut. Sagi menjelaskan unsur moral dalam sajak-sajak pilihan, tiga faktor disentuh yang merangkumi moral terhadap Tuhan, moral terhadap manusia dan moral terhadap alam. Dalam hal ini, aspek bahasa yang merupakan medium pengantara dikaji secara khusus. Namun, pembicaraan terhadap aspek bahasa ini tidak dilakukan secara terpisah tetapi mengaitkannya dengan makna yang terkandung dalam isi sajak. Selain itu akan ditemui kata-kata yang pelbagai, pengulangan bahasa, dan penyimpangan bahasa yang mengungkapkan makna tertentu. Oleh yang demikian dapat dikesani daripada kajian, setiap kata yang dipilih berfungsi dan dapat dipertanggungjawabkan dalam menyampaikan maksud moral. Dalam hubungan ini, akan wujud kata-kata tertentu yang biasa tetapi dimanipulaslkan dengan baik dan berkesan sehingga mengungkapkan makna yang mendalam. Kajian ini meneliti kaitan moral dengan unsur-unsur isi, didaktik dan kesan yang terkandung di dalamnya sebagai penjelasan. Usaha ini diharap dapat memperkaya koleksi kajian sajak di Malaysia dalam memertabatkan para sasterawan dalam dunia kesusasetraan negara.