Perkaitan di antara sokongan sosial dan interaksi keluarga dengan kefungsian keluarga berisiko
Kajian ini bertujuan untuk menentukan perkaitan di antara latarbelakang ibu (umur, jumlah tahun pendidikan, status pekerjaan, jumlah pendapatan bulanan keluarga dan bilangan anak), sokongan sosial dan interaksi keluarga (kualiti perkahwinan dan kualiti tingkahlaku keibubapaan) dengan kefungsian...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English Malay |
Published: |
2002
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8782/1/FEM_2002_5%20IR.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk menentukan perkaitan di antara latarbelakang ibu
(umur, jumlah tahun pendidikan, status pekerjaan, jumlah pendapatan bulanan
keluarga dan bilangan anak), sokongan sosial dan interaksi keluarga (kualiti
perkahwinan dan kualiti tingkahlaku keibubapaan) dengan kefungsian
keluarga berisiko. Sampel (N=115) ibu yang mempunyai anak remaja resilien
merupakan subsampel kajian 'Ekologi Keluarga Berisiko: Proses Interaksi dan
Perkembangan Resiliensi Anak' (Rumaya, Rozumah & Rojanah, 2000) yang
dibiayai oleh IRP A (Intensification of Research in Priority Areas). Data telah
dikumpulkan secara temubual bersemuka berpandukan borang soal-selidik.
Sokongan sosial yang diterima oleh respond en telah diukur menggunakan
I Social Support Questionnaire (Shoriform), (Sarason, Sarason, Shearin & Pierce, 1987). Kepuasan perkahwinan responden telah diperolehi menggunakan Kansas
Marital Satisfaction Scale (Schumm, 1986) yang telah diubahsuai (Rumaya, 1997),
manakala pengurusan konflik telah diukur menggunakan Conflict Tactic Scales
(CTS) (Straus, 1979). Parent's Report (Dibble & Cohen, 1974) telah digunakan
untuk mengenalpasti kualiti tingkahlaku keibubapaan. Kefungsian keluarga
pula telah diukur menggunakan Family Assessment Del,ice (FAD) (Epstein,
Baldwin & Bishop, 1983). Soalan terbuka turut dikemukakan untuk
mendapatkan maklumat yang lebih jelas bagi setiap variabel tumpuan. |
---|