Hubungan Antara Minat Membaca Dengan Pencapaian Bacaan Mekanis di Kalangan Murid Tahun Tiga: Satu Kajian Kes

Satu kajian tentang pencapaian bacaan di peringkat awal perlu dijalankan memandangkan masih ramai murid sekolah rendah perantaraan Bahasa Malaysia gagal dalam kertas pemahaman Bahasa Malaysia Ujian Penilaian Sekolah Rendah. Oleh itu, tujuan kajian ini ialah untuk mengukur pencapaian murid-murid...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Idris, Ab Latip
格式: Thesis
语言:English
Malay
出版: 1992
主题:
在线阅读:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8874/1/FPP_1992_2_A.pdf
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Satu kajian tentang pencapaian bacaan di peringkat awal perlu dijalankan memandangkan masih ramai murid sekolah rendah perantaraan Bahasa Malaysia gagal dalam kertas pemahaman Bahasa Malaysia Ujian Penilaian Sekolah Rendah. Oleh itu, tujuan kajian ini ialah untuk mengukur pencapaian murid-murid Tahun Tiga dalam penguasaan bacaan mekanis dan hubungannya dengan minat membaca. Subjek kajian terdiri daripada 177 orang murid Melayu, lelaki dan perempuan dari Sekolah Rendah Kebangsaan Jalan Datuk Palembang, Bukit Baru, Melaka. Empat kaedah digunakan untuk mengumpulkan data, iaitu bahan ujian, soal selidik, pemerhatian dan temu bual. Bahan ujian yang digunakan untuk mendapatkan skor pencapaian bacaan mekanis berupa petikan bacaan dan soalan-soalan pemahaman. Borang soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang profil murid, kegiatan dan minat membaca.Pemerhatian dilakukan untuk mencatatkan tingkah laku murid semasa membaca. Teknik temu bual digunakan untuk mendapatkan maklumat lanjutan berkaitan dengan murid pencapaian tinggi dan rendah. Untuk menentukan pencapaian bacaan mekanis, penyelidik menggunakan dua kriteria, iaitu penyebutan dan pemahaman. Empat pembolehubah bebas digunakan, iaitu umur, jantina, status sosioekonomi dan minat membaca. Data dianalisis dengan menggunakan analisis univariat, bivariat dan multivariat. Teknik deskriptif dan analitikal digunakan untuk tujuan tersebut. Keputusan kajian menunjukkan minat membaca mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian bacaan mekanis. Kebanyakan murid tergolong dalam peringkat minat membaca sederhana. Murid daripada kumpulan status sosioekonomi lebih tinggi memperoleh skor minat membaca dan skor pencapaian bacaan mekanis yang lebih tinggi berbanding dengan mereka yang datang daripada kumpulan status sosioekonomi lebih rendah. Pencapaian murid dalam bahagian penyebutan lebih baik daripada bahagian pemahaman. Kebanyakan murid berada pada tahap bacaan pengajaran.