Hubungan Latar Belakang Guru dengan Persepsi Terhadap Pengajaran Mata Pelajaran Kemahiran Hidup

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi guru terhadap pengajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup dan melihat hubungan antara pembolehubah latar belakang guru dengan persepsi terhadap pengajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup. Selain itu, kajian ini mengkaji perkaitan antara pembolehuba...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Samin, Habibah
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 1995
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8911/1/FPP_1995_3_A.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi guru terhadap pengajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup dan melihat hubungan antara pembolehubah latar belakang guru dengan persepsi terhadap pengajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup. Selain itu, kajian ini mengkaji perkaitan antara pembolehubah iaitu kepentingan latihan dan kemahiran guru, sokongan dan motivasi pengetua sekolah, dan juga kemudahan bekalan peralatan Kemahiran Hidup dengan persepsi guru terhadap pengajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup. Populasi kajian ialah semua guru Kemahiran Hidup sekolah menengah daerah Hulu Selangor dan Sabak Bernam. Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi dengan kiraan frekuensi, peratusan, ujian-t dan korelasi Pearson. HasH kajian adalah seperti berikut: (1) Keseluruhan guru mempunyai persepsi yang positif terhadap pengajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup, (2) Kebanyakan mereka merupakan guru bukan siswazah yang telah mengikuti kursus dalam perkhidmatan bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup, (3) Guru menganggap latihan dan kemahiran adalah penting, (4) Mereka menganggap kemudahan bekalan peralatan dan bahan bantu mengajar mencukupi dan juga pengetua memberi sokongan dan motivasi terhadap usaha mereka, (5)Terdapat hubungan yang signi fikan di antara pembolehubah-pembolehubah (umur, kepentingan latihan dan kemahiran, kemudahan bekalan peralatan dan bahan bantu mengajar, dan pembolehubah sokongan dan motivasi pengetua) dengan persepsi terhadap pengajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup dan (6) Pembolehubah kursus dalam perkhidmatan yang dihadiri menunjukkan perbezaan yang signifikan. Walau bagaimanapun pembolehubah jantina, pengalaman mengajar, dan pengkhususan dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup tidak menunjukkan perkaitan dan perbezaan dengan persepsi guru terhadap pengajaran mata pelajaran Kemahiran hidup.