Hubungan Sikap, Motivasi dan Latar Belakang Pelajar Sains Tulen dengan Pencapaian Akademik Bahasa Melayu

Banyak kajian telah dijalankan dalam usaha untuk melihat hubungan pencapaian akademik pelajar dengan faktor-faktor lain baik di sekolah harian biasa atau di sekolah berasrama penuh justeru itu tujuan kajian ini dijalankan, adalah untuk memperjelaskan sejauhmana hubungan sikap, motivasi dan latar...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: C. Lah, Mohd Nor
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 1998
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9017/1/FPP_1998_32_A.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Banyak kajian telah dijalankan dalam usaha untuk melihat hubungan pencapaian akademik pelajar dengan faktor-faktor lain baik di sekolah harian biasa atau di sekolah berasrama penuh justeru itu tujuan kajian ini dijalankan, adalah untuk memperjelaskan sejauhmana hubungan sikap, motivasi dan latar belakang pelajar sains tulen tingkatan lima di MRSM memberi kesan kepada pencapaian akademik mereka dalam subjek BM Data dikumpul melalui soalselidik dan Ujian Khas BM Kertas 1 dan Kertas 2 mengikut format dan sukatan pelajaran peringkat Sijil Pelajaran Malaysia bagi menilai sejauhmana pencapaian mereka dalam subjek BM Data dianalisis dengan menggunakan program The Statistical Package for Social Science (SPSS version 6.0). Kajian ini mendapati sikap para pelajar MRSM terhadap subjek BM tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian akademik mereka dalam subjek tersebut. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan dalam pencapaian akademik mereka dalam subjek BM. Dapatan kajian menunjukkan wujudnya perbezaan yang signifikan antara kumpulan gaji yang beriainan di kalangan keluarga pelajar dengan pencapaian akademik. Antara cadangan yang dapat diperakukan di sini ialah (1) Pelajar MRSM mesti memberi penekanan kepada kemahiran membaca dan menulis bagi mendapat markah yang cemeriang dalam subjek BM (2) Bilangan pelajar lelaki dan perempuan mesti seimbang agar aktiviti bahasa dalam kelas dapat dikongsi bersama-sama di samping dapat mempertingkatkan hubungan di antara mereka.