Hubungan Penyesuaian dengan Pencapaian Akademik Pelajar di Institusi Pengajian Tinggi

Kajian ini bertujuan (1) meninjau bentuk pola penyesuaian di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi; (2) mengkaji hubungan penyesuaian dan perapatan di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi; (3) mengkaji hubungan ppnyesuaian, perapatan, dan pencapaian akademik. Penyesuaian diukur deng...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mat Min, Ruhani
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 1998
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9059/1/FPP_1998_63_A.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan (1) meninjau bentuk pola penyesuaian di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi; (2) mengkaji hubungan penyesuaian dan perapatan di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi; (3) mengkaji hubungan ppnyesuaian, perapatan, dan pencapaian akademik. Penyesuaian diukur dengan menggunakan Inventori Adaptasi Pelajar di Universiti. Perapatan diukur dengan menggunakan Inventori Perapatan Ibu Bapa dan Rakan. Seramai 223 (n = 223) orang pelajar tahun pertama pengajian melibatkan diri sebagai responden kajian. Soal selidik isi sendiri yang menggunakan skala Likert telah digunakan dalam kajian ini. Data yang diperolehi dianalisa dengan menggunakan statistik diskriptif, korelasi dan analisis regresi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar lelaki mempunyai penyesuaian keseluruhan, penyesuaian sosial, penyesuaian personalemosional dan penyesuaian komitmen-matlamat yang lebih baik berbanding dengan pelajar perempuan. Tidak wujud perbezaan anmra pelajar lelaki dengan pelajar perempuan pad a penyesuaian akademik. Analisis regresi menunjukkan subskala penyesuaian iaitu penyesuaian akademik, penyesuaian komilmen-matlamat dan penyesuaian personalemosional menyumbang sebanyak 16 peratus varian kepada pencapaian akademik. Wujud perhubungan anmra penyesuaian dan perapatan di kalangan pelajar. Analisis regresi juga menunjukkan penyesuaian keseluruhan menyumbangkan sebanyak 6 peratus varian kepada pencapaian akademik pelajar. Proses penyesuaian berbeza di kalangan pelajar. Penyesuaian juga menyumbang terhadap pencapaian akademik pelajar. Oleh itu, pelajar perlu dibantu dalam proses penyesuaian unluk membolehkan mereka berjaya di universiti.