Kesan faktor persekitaran dan kualiti e-kerajaan dalam penggunaan ICT di Pusat Komuniti Desa, Semenanjung Malaysia

Aspek pembangunan kawasan luar bandar seperti penyediaan perkhidmatan ICT di Pusat Komuniti Desa menjadi salah satu agenda utama kerajaan dalam menjadikan kawasan luar bandar sebagai penyumbang kepada ekonomi negara. Bagi menggerakkan dan memajukan pembangunan di kawasan luar bandar ini, penyert...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Kamarudin, Syafila
Format: Thesis
Language:English
Published: 2020
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/90711/1/IPSAS%202020%203%20IR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my-upm-ir.90711
record_format uketd_dc
institution Universiti Putra Malaysia
collection PSAS Institutional Repository
language English
advisor Omar, Siti Zobidah
topic Rural development - Information services - Malaysia
Information services - Environmental aspects

spellingShingle Rural development - Information services - Malaysia
Information services - Environmental aspects

Kamarudin, Syafila
Kesan faktor persekitaran dan kualiti e-kerajaan dalam penggunaan ICT di Pusat Komuniti Desa, Semenanjung Malaysia
description Aspek pembangunan kawasan luar bandar seperti penyediaan perkhidmatan ICT di Pusat Komuniti Desa menjadi salah satu agenda utama kerajaan dalam menjadikan kawasan luar bandar sebagai penyumbang kepada ekonomi negara. Bagi menggerakkan dan memajukan pembangunan di kawasan luar bandar ini, penyertaan masyarakat luar bandar adalah amat penting supaya kelangsungan ekonomi luar bandar tersebut dapat dijayakan. Namun, walaupun kemudahan ICT di pusat ini telah lama wujud, penyertaan masyarakat luar bandar untuk datang ke sana terutamanya menggunakan perkhidmatan ICT masih kurang mendapat sambutan. Didapati kemudahan ICT yang disediakan tidak digunakan secara meluas oleh masyarakat luar bandar. Secara umumnya, kajian ini bertujuan untuk mengkaji penggunaan ICT di Pusat Komuniti Desa. Pemboleh ubah seperti faktor persekitaran dan kualiti e-kerajaan (pemboleh ubah bebas), niat tingkah laku (pemboleh ubah perantaraan), dan umur (pemboleh ubah penyederhanaan) telah diuji terhadap penggunaan ICT (pemboleh ubah bersandar) oleh masyarakat luar bandar. Satu rangka kerja konsep telah dibangunkan untuk menguji setiap konstruk pada faktor persekitaran dan kualiti e-kerajaan tersebut. Faktor persekitaran terdiri daripada lima konstruk utama iaitu jangkaan prestasi, jangkaan usaha, pengaruh sosial, keadaan kemudahan, dan kebolehcapaian. Bagi kualiti e-kerajaan pula, terdapat dua konstruk yang diuji iaitu kemudahan penggunaan dan kepercayaan. Kajian ini berpandukan kepada teori dan model iaitu Unified Theory of Acceptance and Use of Technology (UTAUT) dan Model Kualiti E-kerajaan (e-GovQual) bagi membina konstruk dalam faktor persekitaran dan kualiti e-kerajaan. Pendekatan kuantitatif melalui kaedah tinjauan menggunakan borang soal selidik telah digunakan. Seramai 400 orang responden di empat buah negeri telah dipilih menjadi responden kajian. Dalam menentukan lokasi dan subjek kajian, penyelidik menggunakan persampelan kluster pelbagai peringkat dan persampelan rawak sistematik. Analisis deskriptif menggunakan SPSS dijalankan bagi mengenal pasti nilai min, peratusan, dan sisihan piawai. Variance based-structural equation modeling (VB-SEM) juga telah digunakan untuk menganalisis data (menggunakan SmartPLS 3.0). Hasil kajian mencadangkan tiga hubungan langsung (iaitu, keadaan kemudahan terhadap penggunaan ICT, kepercayaan terhadap penggunaan ICT, dan niat tingkah laku terhadap penggunaan ICT) mempunyai pertalian positif dalam kajian ini. Selain itu, hasil kajian mendedahkan niat tingkah laku berperantara hubungan antara faktor persekitaran (jangkaan prestasi, jangkaan usaha, dan pengaruh sosial) terhadap penggunaan ICT. Dari segi umur (iaitu, Umur A dan Bukan-Umur A), hasil kajian ini mendapati bahawa umur penyederhana hubungan antara faktor persekitaran (iaitu, jangkaan usaha dan pengaruh sosial) terhadap niat tingkah laku, begitu juga faktor persekitaran (iaitu, keadaan kemudahan dan kebolehcapaian) terhadap penggunaan ICT. Melalui dapatan yang diperolehi, kesimpulan yang dapat dibentuk adalah penggunaan ICT oleh masyarakat luar bandar di Pusat Komuniti Desa banyak bergantung kepada faktor persekitaran dan faktor kualiti e-kerajaan. Dengan memiliki persekitaran yang memberangsangkan dan kualiti e-kerajaan yang baik melalui penggunaan laman sesawang kerajaan dapat menggalakkan mereka untuk datang ke Pusat Komuniti Desa menggunakan kemudahan yang ada di sana. Kajian ini juga memberikan sumbangan unik dengan membangunkan sebuah model iaitu Model Persekitaran Penggunaan Teknologi (MPPT) yang mana dapat menyumbang kepada kesusasteraan sedia ada dan menjadi rujukan untuk penyelidik akan datang dan juga para pelajar. Kajian ini turut menekankan beberapa implikasi dan cadangan untuk pembentukan dasar dan amalan ke arah peningkatan penyediaan perkhidmatan maklumat dan ICT di setiap telecenter di Malaysia.
format Thesis
qualification_level Doctorate
author Kamarudin, Syafila
author_facet Kamarudin, Syafila
author_sort Kamarudin, Syafila
title Kesan faktor persekitaran dan kualiti e-kerajaan dalam penggunaan ICT di Pusat Komuniti Desa, Semenanjung Malaysia
title_short Kesan faktor persekitaran dan kualiti e-kerajaan dalam penggunaan ICT di Pusat Komuniti Desa, Semenanjung Malaysia
title_full Kesan faktor persekitaran dan kualiti e-kerajaan dalam penggunaan ICT di Pusat Komuniti Desa, Semenanjung Malaysia
title_fullStr Kesan faktor persekitaran dan kualiti e-kerajaan dalam penggunaan ICT di Pusat Komuniti Desa, Semenanjung Malaysia
title_full_unstemmed Kesan faktor persekitaran dan kualiti e-kerajaan dalam penggunaan ICT di Pusat Komuniti Desa, Semenanjung Malaysia
title_sort kesan faktor persekitaran dan kualiti e-kerajaan dalam penggunaan ict di pusat komuniti desa, semenanjung malaysia
granting_institution Universiti Putra Malaysia
publishDate 2020
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/90711/1/IPSAS%202020%203%20IR.pdf
_version_ 1747813648808542208
spelling my-upm-ir.907112021-09-06T05:57:22Z Kesan faktor persekitaran dan kualiti e-kerajaan dalam penggunaan ICT di Pusat Komuniti Desa, Semenanjung Malaysia 2020-09 Kamarudin, Syafila Aspek pembangunan kawasan luar bandar seperti penyediaan perkhidmatan ICT di Pusat Komuniti Desa menjadi salah satu agenda utama kerajaan dalam menjadikan kawasan luar bandar sebagai penyumbang kepada ekonomi negara. Bagi menggerakkan dan memajukan pembangunan di kawasan luar bandar ini, penyertaan masyarakat luar bandar adalah amat penting supaya kelangsungan ekonomi luar bandar tersebut dapat dijayakan. Namun, walaupun kemudahan ICT di pusat ini telah lama wujud, penyertaan masyarakat luar bandar untuk datang ke sana terutamanya menggunakan perkhidmatan ICT masih kurang mendapat sambutan. Didapati kemudahan ICT yang disediakan tidak digunakan secara meluas oleh masyarakat luar bandar. Secara umumnya, kajian ini bertujuan untuk mengkaji penggunaan ICT di Pusat Komuniti Desa. Pemboleh ubah seperti faktor persekitaran dan kualiti e-kerajaan (pemboleh ubah bebas), niat tingkah laku (pemboleh ubah perantaraan), dan umur (pemboleh ubah penyederhanaan) telah diuji terhadap penggunaan ICT (pemboleh ubah bersandar) oleh masyarakat luar bandar. Satu rangka kerja konsep telah dibangunkan untuk menguji setiap konstruk pada faktor persekitaran dan kualiti e-kerajaan tersebut. Faktor persekitaran terdiri daripada lima konstruk utama iaitu jangkaan prestasi, jangkaan usaha, pengaruh sosial, keadaan kemudahan, dan kebolehcapaian. Bagi kualiti e-kerajaan pula, terdapat dua konstruk yang diuji iaitu kemudahan penggunaan dan kepercayaan. Kajian ini berpandukan kepada teori dan model iaitu Unified Theory of Acceptance and Use of Technology (UTAUT) dan Model Kualiti E-kerajaan (e-GovQual) bagi membina konstruk dalam faktor persekitaran dan kualiti e-kerajaan. Pendekatan kuantitatif melalui kaedah tinjauan menggunakan borang soal selidik telah digunakan. Seramai 400 orang responden di empat buah negeri telah dipilih menjadi responden kajian. Dalam menentukan lokasi dan subjek kajian, penyelidik menggunakan persampelan kluster pelbagai peringkat dan persampelan rawak sistematik. Analisis deskriptif menggunakan SPSS dijalankan bagi mengenal pasti nilai min, peratusan, dan sisihan piawai. Variance based-structural equation modeling (VB-SEM) juga telah digunakan untuk menganalisis data (menggunakan SmartPLS 3.0). Hasil kajian mencadangkan tiga hubungan langsung (iaitu, keadaan kemudahan terhadap penggunaan ICT, kepercayaan terhadap penggunaan ICT, dan niat tingkah laku terhadap penggunaan ICT) mempunyai pertalian positif dalam kajian ini. Selain itu, hasil kajian mendedahkan niat tingkah laku berperantara hubungan antara faktor persekitaran (jangkaan prestasi, jangkaan usaha, dan pengaruh sosial) terhadap penggunaan ICT. Dari segi umur (iaitu, Umur A dan Bukan-Umur A), hasil kajian ini mendapati bahawa umur penyederhana hubungan antara faktor persekitaran (iaitu, jangkaan usaha dan pengaruh sosial) terhadap niat tingkah laku, begitu juga faktor persekitaran (iaitu, keadaan kemudahan dan kebolehcapaian) terhadap penggunaan ICT. Melalui dapatan yang diperolehi, kesimpulan yang dapat dibentuk adalah penggunaan ICT oleh masyarakat luar bandar di Pusat Komuniti Desa banyak bergantung kepada faktor persekitaran dan faktor kualiti e-kerajaan. Dengan memiliki persekitaran yang memberangsangkan dan kualiti e-kerajaan yang baik melalui penggunaan laman sesawang kerajaan dapat menggalakkan mereka untuk datang ke Pusat Komuniti Desa menggunakan kemudahan yang ada di sana. Kajian ini juga memberikan sumbangan unik dengan membangunkan sebuah model iaitu Model Persekitaran Penggunaan Teknologi (MPPT) yang mana dapat menyumbang kepada kesusasteraan sedia ada dan menjadi rujukan untuk penyelidik akan datang dan juga para pelajar. Kajian ini turut menekankan beberapa implikasi dan cadangan untuk pembentukan dasar dan amalan ke arah peningkatan penyediaan perkhidmatan maklumat dan ICT di setiap telecenter di Malaysia. Rural development - Information services - Malaysia Information services - Environmental aspects 2020-09 Thesis http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/90711/ http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/90711/1/IPSAS%202020%203%20IR.pdf text en public doctoral Universiti Putra Malaysia Rural development - Information services - Malaysia Information services - Environmental aspects Omar, Siti Zobidah