Pengaruh konsep kendiri akademik sebagai moderator terhadap persekitaran dan strategi pembelajaran dengan kemahiran berfikir aras tinggi murid perakaunan

Meskipun sumbangan dan peri pentingnya Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) kepada transformasi pendidikan dan ekonomi negara tidak dapat disangkal, pelbagai masalah dan kekangan masih wujud dalam memastikan kecemerlangan penguasaan KBAT dalam diri murid. Ini me...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Jamaluddin, Nor Sa'adah
Format: Thesis
Language:English
Published: 2020
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/90765/1/FPP%202020%2033%20-%20IR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my-upm-ir.90765
record_format uketd_dc
spelling my-upm-ir.907652021-09-21T13:46:45Z Pengaruh konsep kendiri akademik sebagai moderator terhadap persekitaran dan strategi pembelajaran dengan kemahiran berfikir aras tinggi murid perakaunan 2020-02 Jamaluddin, Nor Sa'adah Meskipun sumbangan dan peri pentingnya Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) kepada transformasi pendidikan dan ekonomi negara tidak dapat disangkal, pelbagai masalah dan kekangan masih wujud dalam memastikan kecemerlangan penguasaan KBAT dalam diri murid. Ini mengakibatkan isu KBAT terus diperbahaskan dari semasa ke semasa. Justeru, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh konsep kendiri akademik sebagai moderator terhadap persekitaran dan strategi pembelajaran dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) bagi Mata Pelajaran Elektif Ikhtisas (MPEI) Prinsip Perakaunan (PP) dalam kalangan murid tingkatan empat kelas perakaunan. Teori Efikasi Kendiri (Bandura, 1977) dan Model Taksonomi Bloom semakan Anderson (Anderson & Krathwohl, 2001) telah dijadikan sebagai asas kajian ini. Kajian ini menerima pakai pendekatan kuantitatif menggunakan ujian yang ditadbir dan survei manakala formula Cochran (1977) bagi penentuan saiz sampel telah digunakan untuk mengira saiz sampel kajian. Pengukuran statistic deskriptif telah digunakan untuk analisis data demografi dan juga untuk menentukan tahap konstruk yang digunakan dalam kajian ini. Pendekatan Model Persamaan Struktur (Structural Equation Modelling, SEM) digunakan untuk menguji hipotesis kajian dinyatakan. Sebelum penggunaan sepenuhnya model, penyelidik memastikan model memenuhi indeks ketepatan padanan yang boleh diterima: X² (CMIN) = 1553.435 (DF = 804), Relative X² (CMIN/DF) = 1.932, CFI = 0.895, IFI = 0.896, TLI = 0.888, dan RMSEA = 0.055. Analisis deskriptif kajian ini menunjukkan bahawa terdapat tahap pencapaian ujian KBAT yang baik dalam kalangan 309 responden sah dengan skor min 62.94. Tambahan lagi, analisis menggambarkan bahawa tahap persekitaran pembelajaran psikososial adalah tinggi pada skor min 4.20 (SP =0.486). Begitu juga, tahap pengamalan strategi pembelajaran dalam kalangan responden juga tinggi dengan skor min 3.72 (SP =0.625). Walau bagaimanapun, tahap faktor konsep kendiri akademik responden adalah sederhana dengan skor min 3.23 (SP = 0.871). Model persamaan struktur menunjukkan lima daripada enam faktor peramal tidak menyumbang secara signifikan kepada pencapaian KBAT murid: persekitaran pembelajaran psiksosial (β = 1.353, p = 0.477), pengurusan masa (β = -3.509, p = 0.319), penumpuan (β = 0.066, p = 0.981), sikap (β = -7.357 p = 0.108), dan kegelisahan (β = 4.415, p = 0.259). Namun, faktor motivasi telah menyumbang secara signifikan kepada pencapaian KBAT (β = 13.242, p = 0.030). Model struktur mendedahkan bahawa hubungan antara faktor-faktor persekitaran pembelajaran dan strategi pembelajaran adalah disederhanakan oleh konsep kendiri akademik dalam kajian ini dengan X² measurement residuals lebih besar daripada X² unconstrained berdasarkan model perbandingan output ΔX² (CMIN) = 299.445; Δdf = 106 ; p = .000. Oleh itu, kajian ini menunjukkan bahawa terdapat kehadiran kesan penyederhaan konsep kendiri akademik pada penentu pencapaian KBAT dalam keseluruhan model. Implikasi kajian ini menyumbang kepada pengukuran Teori Efikasi Kendiri (Bandura, 1977) dalam menentukan faktor luaran yang bertindak sebagai peramal terhadap penguasaan KBAT bagi MPEI PP dalam kalangan murid tingkatan empat kelas perakaunan. Dapatan kajian ini memberi panduan kepada para pendidik dan penggubal dasar dalam merancang sistem pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan sekaligus menyumbang kepada tercapainya hasrat menjadikan murid sebagai individu yang mempunyai nilai kebolehpasaran yang tinggi melalui penguasaan KBAT yang baik dan cemerlang di samping merealisasikan hasrat yang disasarkan oleh Negara dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM, 2013-2025). Selain itu, dapatan kajian ini juga boleh diguna pakai oleh para pendidik dalam menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran bagi pelbagai mata pelajaran yang lain. Beberapa cadangan turut dikemukakan bagi memastikan penguasaan KBAT murid dapat dipertingkatkan sekaligus menjadikan mereka individu yang mempunyai kemampuan daya saing yang tinggi bukan sahaja di Malaysia malah di peringkat Antarabangsa. Critical thinking Thought and thinking Problem solving 2020-02 Thesis http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/90765/ http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/90765/1/FPP%202020%2033%20-%20IR.pdf text en public doctoral Universiti Putra Malaysia Critical thinking Thought and thinking Problem solving Abdul Kadir, Suhaida
institution Universiti Putra Malaysia
collection PSAS Institutional Repository
language English
advisor Abdul Kadir, Suhaida
topic Critical thinking
Thought and thinking
Problem solving
spellingShingle Critical thinking
Thought and thinking
Problem solving
Jamaluddin, Nor Sa'adah
Pengaruh konsep kendiri akademik sebagai moderator terhadap persekitaran dan strategi pembelajaran dengan kemahiran berfikir aras tinggi murid perakaunan
format Thesis
qualification_level Doctorate
author Jamaluddin, Nor Sa'adah
author_facet Jamaluddin, Nor Sa'adah
author_sort Jamaluddin, Nor Sa'adah
title Pengaruh konsep kendiri akademik sebagai moderator terhadap persekitaran dan strategi pembelajaran dengan kemahiran berfikir aras tinggi murid perakaunan
title_short Pengaruh konsep kendiri akademik sebagai moderator terhadap persekitaran dan strategi pembelajaran dengan kemahiran berfikir aras tinggi murid perakaunan
title_full Pengaruh konsep kendiri akademik sebagai moderator terhadap persekitaran dan strategi pembelajaran dengan kemahiran berfikir aras tinggi murid perakaunan
title_fullStr Pengaruh konsep kendiri akademik sebagai moderator terhadap persekitaran dan strategi pembelajaran dengan kemahiran berfikir aras tinggi murid perakaunan
title_full_unstemmed Pengaruh konsep kendiri akademik sebagai moderator terhadap persekitaran dan strategi pembelajaran dengan kemahiran berfikir aras tinggi murid perakaunan
title_sort pengaruh konsep kendiri akademik sebagai moderator terhadap persekitaran dan strategi pembelajaran dengan kemahiran berfikir aras tinggi murid perakaunan
granting_institution Universiti Putra Malaysia
publishDate 2020
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/90765/1/FPP%202020%2033%20-%20IR.pdf
_version_ 1747813654461415424
description Meskipun sumbangan dan peri pentingnya Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) kepada transformasi pendidikan dan ekonomi negara tidak dapat disangkal, pelbagai masalah dan kekangan masih wujud dalam memastikan kecemerlangan penguasaan KBAT dalam diri murid. Ini mengakibatkan isu KBAT terus diperbahaskan dari semasa ke semasa. Justeru, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh konsep kendiri akademik sebagai moderator terhadap persekitaran dan strategi pembelajaran dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) bagi Mata Pelajaran Elektif Ikhtisas (MPEI) Prinsip Perakaunan (PP) dalam kalangan murid tingkatan empat kelas perakaunan. Teori Efikasi Kendiri (Bandura, 1977) dan Model Taksonomi Bloom semakan Anderson (Anderson & Krathwohl, 2001) telah dijadikan sebagai asas kajian ini. Kajian ini menerima pakai pendekatan kuantitatif menggunakan ujian yang ditadbir dan survei manakala formula Cochran (1977) bagi penentuan saiz sampel telah digunakan untuk mengira saiz sampel kajian. Pengukuran statistic deskriptif telah digunakan untuk analisis data demografi dan juga untuk menentukan tahap konstruk yang digunakan dalam kajian ini. Pendekatan Model Persamaan Struktur (Structural Equation Modelling, SEM) digunakan untuk menguji hipotesis kajian dinyatakan. Sebelum penggunaan sepenuhnya model, penyelidik memastikan model memenuhi indeks ketepatan padanan yang boleh diterima: X² (CMIN) = 1553.435 (DF = 804), Relative X² (CMIN/DF) = 1.932, CFI = 0.895, IFI = 0.896, TLI = 0.888, dan RMSEA = 0.055. Analisis deskriptif kajian ini menunjukkan bahawa terdapat tahap pencapaian ujian KBAT yang baik dalam kalangan 309 responden sah dengan skor min 62.94. Tambahan lagi, analisis menggambarkan bahawa tahap persekitaran pembelajaran psikososial adalah tinggi pada skor min 4.20 (SP =0.486). Begitu juga, tahap pengamalan strategi pembelajaran dalam kalangan responden juga tinggi dengan skor min 3.72 (SP =0.625). Walau bagaimanapun, tahap faktor konsep kendiri akademik responden adalah sederhana dengan skor min 3.23 (SP = 0.871). Model persamaan struktur menunjukkan lima daripada enam faktor peramal tidak menyumbang secara signifikan kepada pencapaian KBAT murid: persekitaran pembelajaran psiksosial (β = 1.353, p = 0.477), pengurusan masa (β = -3.509, p = 0.319), penumpuan (β = 0.066, p = 0.981), sikap (β = -7.357 p = 0.108), dan kegelisahan (β = 4.415, p = 0.259). Namun, faktor motivasi telah menyumbang secara signifikan kepada pencapaian KBAT (β = 13.242, p = 0.030). Model struktur mendedahkan bahawa hubungan antara faktor-faktor persekitaran pembelajaran dan strategi pembelajaran adalah disederhanakan oleh konsep kendiri akademik dalam kajian ini dengan X² measurement residuals lebih besar daripada X² unconstrained berdasarkan model perbandingan output ΔX² (CMIN) = 299.445; Δdf = 106 ; p = .000. Oleh itu, kajian ini menunjukkan bahawa terdapat kehadiran kesan penyederhaan konsep kendiri akademik pada penentu pencapaian KBAT dalam keseluruhan model. Implikasi kajian ini menyumbang kepada pengukuran Teori Efikasi Kendiri (Bandura, 1977) dalam menentukan faktor luaran yang bertindak sebagai peramal terhadap penguasaan KBAT bagi MPEI PP dalam kalangan murid tingkatan empat kelas perakaunan. Dapatan kajian ini memberi panduan kepada para pendidik dan penggubal dasar dalam merancang sistem pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan sekaligus menyumbang kepada tercapainya hasrat menjadikan murid sebagai individu yang mempunyai nilai kebolehpasaran yang tinggi melalui penguasaan KBAT yang baik dan cemerlang di samping merealisasikan hasrat yang disasarkan oleh Negara dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM, 2013-2025). Selain itu, dapatan kajian ini juga boleh diguna pakai oleh para pendidik dalam menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran bagi pelbagai mata pelajaran yang lain. Beberapa cadangan turut dikemukakan bagi memastikan penguasaan KBAT murid dapat dipertingkatkan sekaligus menjadikan mereka individu yang mempunyai kemampuan daya saing yang tinggi bukan sahaja di Malaysia malah di peringkat Antarabangsa.