Pemikiran Kassim Ahmad mengenai Islam
Kassim Ahmad telah dikenal pasti sebagai individu yang menolak hadis sebagai sumber hukum. Banyak fatwa yang telah diwartakan tentang pemikiran sesat beliau. Kajian-kajian lepas turut mengklasifikasikan beliau sebagai anti hadis. Namun begitu, kebanyakan kajian lepas tentang beliau hanya menumpu...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2019
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/90889/1/FEM%202020%206%20-%20IR.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kassim Ahmad telah dikenal pasti sebagai individu yang menolak hadis
sebagai sumber hukum. Banyak fatwa yang telah diwartakan tentang
pemikiran sesat beliau. Kajian-kajian lepas turut mengklasifikasikan beliau
sebagai anti hadis. Namun begitu, kebanyakan kajian lepas tentang beliau
hanya menumpukan kepada persoalan hadis sebagai sumber rujukan kedua
selepas al-Quran dan menggunakan kaedah analisis kandungan sahaja. Oleh
itu, penyelidikan ini dijalankan bertujuan untuk meneroka pemikiran beliau
mengenai Islam dengan menumpukan kepada kaedah tafsir, hujah-hujah
penolakan hadis dan pandangan beliau berhubung perkara-perkara ghaibiyyat.
Dengan menggunakan pendekatan kualitatif, penyelidik telah menemu bual
informan secara bersemuka dengan menggunakan kaedah temu bual semistruktur.
Dapatan kajian menghasilkan tiga tema utama iaitu 1) Metodologi
tafsir al-Quran Kassim Ahmad, 2) Pandangan Kassim Ahmad berkenaan
autoriti hadis, dan 3) Pemahaman Kassim Ahmad berkenaan perkara-perkara
ghaibiyyat. Secara kesimpulannya, kajian ini mendapati bahawa pemikiran
beliau bertentangan dengan ajaran Islam kerana menolak autoriti hadis
sebagai sumber rujukan kedua dalam Islam termasuk penggunaannya dalam
penafsiran al-Quran dan penjelasan tentang perkara-perkara ghaibiyyat. |
---|