Pandangan Mengenai Beban Kerja Guru Bimbingan di Sekolah Menengah di Negeri Perak
Kajian ini bertujuan untuk meninjau pandangan guru bimbingan terhadap beban kerja guru bimbingan di sekolah menengah. Data diperolehi daripada satu set soal selidik yang dikemukakan kepada 104 guru bimbingan yang bertugas di negeri Perak. Tujuan utama kajian ini ialah untuk mengenalpasti tugas-t...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English Malay |
Published: |
1998
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9098/1/FPP_1998_93_A.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk meninjau pandangan guru bimbingan
terhadap beban kerja guru bimbingan di sekolah menengah. Data diperolehi
daripada satu set soal selidik yang dikemukakan kepada 104 guru
bimbingan yang bertugas di negeri Perak.
Tujuan utama kajian ini ialah untuk mengenalpasti tugas-tugas yang
dilaksanakan oleh guru bimbingan dan lama masa yang digunakan untuk
menjalankan tugas-tugas tersebut Kajian ini juga meneliti sama ada tugas-tugas ini boleh membebankan dan menjejaskan kemampuan guru
bimbingan dalam memberikan tugas bimbingan yang berkesan serta
meneliti tugas-tugas bimbingan yang dilaksanakan oleh guru bimbingan dan mengkaji sama ada untuk tugas bimbingan itu mencukupi.
Kajian ini juga untuk mengenalpasti orientasi perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling yang dilaksanakan di sekoJah menengah. Pandangan guru
bimbingan mengenai keperluan mengadakan guru bimbingan sepenuh
masa di sekolah juga turut dikaji. |
---|