Hubungan Personaliti Warna Dengan Minat Kerjaya di Kalangan Pelajar Universiti Putra Malaysia
Kajian ex-post facto jenis korelasi ini dijalankan bertujuan untuk menentukan hubungan antara personaliti warna (Emas, Hijau, Biru dan Jingga) dan minat kerjaya pelajar UPM berdasarkan kepada teori Pemilihan Kerjaya Holland. la juga bertujuan untuk melihat kesahan gagasan Inventori Personaliti Wa...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English Malay |
Published: |
2000
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9198/1/FPP_2000_7_IR.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ex-post facto jenis korelasi ini dijalankan bertujuan untuk menentukan
hubungan antara personaliti warna (Emas, Hijau, Biru dan Jingga) dan minat
kerjaya pelajar UPM berdasarkan kepada teori Pemilihan Kerjaya Holland. la
juga bertujuan untuk melihat kesahan gagasan Inventori Personaliti Warna.
Subjek kajian terdiri daripada 417 orang pelajar UPM yang dipilih secara rawak
berlapis daripada populasi seramai 530 orang pelajar daripada program Bacelor
Kejuruteraan Mekanikal, Bacelor Sains (Alam Sekitar), Bacelor Muzik, Bacelor
Pendidikan (Bimbingan & Kaunseling), Bacelor Pentadbiran Perniagaan dan
Bacelor Sains Komputer. Alat ukur yang digunakan dalam kajian ini ialah
Inventori Personaliti Warna dan Self-Directed Search. Data yang didapati
kemudiannya dianalisis menggunakan statistik deskriptif iaitu frekuensi dan
peratusan, dan statistik inferensi iaitu Korefasi Pearson pada aras signifikan .05.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara personaliti Jingga dan minat kerjaya dalam bidang Realistik; personaliti Hijau,
Jingga, Emas dan Biru dan minat Investigatif; personaliti Jingga, Emas, Hijau
dan Biru dan minat kerjaya Artistik; personaliti Emas dan Biru dan minat kerjaya
Sosial; personaliti Jingga, Emas, Hijau dan Biru dan minat kerjaya Enterprising:
dan personaliti Biru, Jingga, Emas dan Biru dan minat kerjaya Conventional.
Keputusan kajian juga menunjukkan bahawa alat ukuran IPW yang telah
dibentuk oleh Sidek Mohd Noah et al. (1997) mempunyai kesahan gagasan
yang tinggi berbanding dengan alat ukuran SDS yang dibentuk oleh John L
Holland. Sehubungan dengan keputusan kajian yang diperolehi, beberapa
implikasi dan cadangan telah dikemukakan. |
---|