Perbandingan Pembelajaran Koperatif dan Tradisional Terhadap Prestasi, Atribusi Pencapaian, Konsep Kendiri Akademik dan Hubungan Sosial dalam Pendidikan Perakaunan
Tujuan utama penyelidikan ini adalah untuk membandingkan pembelajaran koperatif dengan pembelajaran tradisional di dalam pendidikan perakaunan, dengan melihat kesan kedua-dua strategi pembelajaran terhadap prestasi, atribusi pencapaian pelajar, konsep kendiri akademik di dalam mata pelajaran prin...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English Malay |
Published: |
2002
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9291/1/FPP_2002_16.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Tujuan utama penyelidikan ini adalah untuk membandingkan pembelajaran
koperatif dengan pembelajaran tradisional di dalam pendidikan perakaunan,
dengan melihat kesan kedua-dua strategi pembelajaran terhadap prestasi, atribusi
pencapaian pelajar, konsep kendiri akademik di dalam mata pelajaran prinsip
akaun dan hubungan sosial sesama rakan sekelas. Kajian ini juga mengenal pasti
persepsi pelajar terhadap keberkesanan perlaksanaan pembelaj aran koperatif.
Kaedah yang digunakan di dalam kajian ini berbentuk kuasi eksperimen yang
berlangsung selama lapan minggu dan melibatkan 208 orang pelajar. Data dikutip
menggunakan soal selidik dan ujian prestasi. Data dianalisis menggunakan teknik ancova, ujian-t dan analisis kandungan. Dapatan kajian menunjukkan prestasi
kumpulan pembelaj aran koperatif lebih tinggi dan signifikan berbanding dengan
kumpulan pembelajaran tradisional. Atribusi pencapaian kumpulan pembelajaran
koperatif didapati berbeza dan signifikan bagi dimensi lokus sebab di dalam
situasi berjaya dan dimensi kawalan oleh orang lain di dalam situasi gagal.
Konsep kendiri akademik kumpulan tradisional didapati lebih tinggi dan
signifikan berbanding dengan kumpulan pembelajaran koperatif. Dapatan kajian
juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan tahap hubungan sosial antara
kedua-dua kumpulan. Secara keseluruhannya, kebanyakan pelajar kumpulan
pembelajaran koperatif menerima baik perlaksanaan pembelaj aran koperatif.
Implikasi dapatan kajian ini mencadangkan bahawa pembelajaran koperatif wajar
digunakan sebagai satu strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam
pendidikan perakaunan bagi meningkatkan prestasi pelajar. |
---|