Satu Tinjauan Tentang Motif Penglibatan Pelajar Sekolah Menengah Dalam Aktiviti Fizikal di Daerah Kulim/Bandar Baharu, Kedah Darul Aman
Penyelidikan ini telah dijalankan untuk mengenal pasti motif penglibatan pelajar dalam aktiviti fizikal dan juga untuk mengetahui sejauhmanakah tahap aktiviti fizikal pelajar-pelajar di Daerah Kulim/Bandar Baharu. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik Participation Motivation Questio...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English Malay |
Published: |
2002
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9347/1/FPP_2002_33.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Penyelidikan ini telah dijalankan untuk mengenal pasti motif penglibatan pelajar
dalam aktiviti fizikal dan juga untuk mengetahui sejauhmanakah tahap aktiviti
fizikal pelajar-pelajar di Daerah Kulim/Bandar Baharu. Instrumen kajian yang
digunakan ialah soal selidik Participation Motivation Questionnaire (PMQ)(Gill,
Gross, & Huddleston, 1983) dan soal selidik Model Peringkat Perubahan
(Prochaska & DiClemente, 1983). Responden terdiri daripada 343 orang pelajar
(174 lelaki; 169 perempuan) di Daerah Kulim/Bandar Baharu. Untuk mengetahui
tahap aktiviti fizikal dan mengenal pasti motif penglibatan pelajar dalam aktiviti
fizikal, penyelidikan ini akan cuba menjawab tiga persoalan kajian iaitu: Sejauh manakah tahap aktiviti pelajar sekolah menengah dalam aktiviti
fizikal di Daerah Kulim/Bandar Baharu?
Model Peringkat Perubahan (Prochaska & DiClemente, 1983) digunakan untuk
menjawab persoalan pertama. Hasil kajian menunjukkan model ini berjaya
menentukan tahap aktiviti pelajar di Daerah Kulim/Bandar Baharu. Pelajarpelajar
tatah digolongkan kepada dua kumpulan iaitu golongan aktif (peringkat
aksi dan peringkat memelihara) dan golongan sedentari (peringkat
prakontemplasi, peringkat kontemplasi dan peringkat persediaan). Model
peringkat perubahan ini dapat menunjukkan golongan aktif dalam aktiviti fizikal
adalah rendah. Hasil kajian juga menunjukkan responden lelaki lebih aktif
berbanding golongan perempuan dalam penglibatan aktiviti fizikal. Apakah motif penglibatan di kalangan pelajar sekolah menengah dalam
aktiviti fizikal di Daerah KulirnlBandar Baharu?
Penggunaan soal selidik PMQ (Gill et al., 1983) digunakan untuk menjawab
persoalan kedua. Melalui ana lisa kekerapan, hasil kajian menunjukkan motif
kemahiran dan motif kecergasan fizikal sebagai motif yang utama dalam
menjalankan aktiviti fizikal, diikuti oleh motif penggabungan dan motif atmosfera
berpasukan. Manakala motif yang kurang penting ialah motif pembebasan
tenaga dan motif statuslpengiktirafan. Ujian-t menunjukkan bahawa wujud
perbezaan yang signifikan di antara pelajar lelaki dan perempuan terhadap motif
pembebasan tenaga, dengan nilai t = 3.667. p<.05. |
---|