Kesahan, Kebolehpercayaan dan Keberkesanan Modul Program Maju Diri Ke Atas Motivasi Pencapaian Dikalangan Pelajar Sekolah Menengah Negeri Selangor
Kajian ini bertujuan untuk menguji kesahan, kebolehpercayaan dan keberkesanan modul Program Maju Diri (PMD), yang dibina oleh Jabatan Pendidikan Selangor. Modul Program Maju Diri ini terdiri daripada tiga sub-modul iaitu sub-modul Pendekatan Insan Cemerlang (PIC), sub-modul Pendekatan Cahaya Iman...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English Malay |
Published: |
2002
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9348/1/FPP_2002_34.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk menguji kesahan, kebolehpercayaan dan keberkesanan
modul Program Maju Diri (PMD), yang dibina oleh Jabatan Pendidikan Selangor. Modul
Program Maju Diri ini terdiri daripada tiga sub-modul iaitu sub-modul Pendekatan Insan
Cemerlang (PIC), sub-modul Pendekatan Cahaya Iman (PCI) dan sub-modul Pendekatan
Nilai Diri (PND).
Dua reka bentuk kajian telah digunakan iaitu kajian deskriptif dan kajian eksperimen.
Kajian deskriptif bertujuan untuk menguji kesahan kandungan modul Program Maju Diri
dengan melibatkan tiga pensyarah pakar. Kajian ini juga ingin menentukan nilai pekali
kebolehpercayaan modul Program Maju Diri yang melibatkan 220 pelajar tingkatan
1 hingga 5 daripada lapan buah sekolah menengah di negeri Selangor yang dipilih
secara rawak. Mereka kemudiannya mengikuti modul tertentu dan seterusnya menjawab soal selidik kebolehpercayaan yang telah dicipta oleh penyelidik. Kajian eksperimen
bertujuan menentukan keberkesanan modul Program Maju Diri ke atas motivasi
pencapaian dengan menggunakan 80al selidik Ujian Motivasi Pencapaian ciptaan Abu
Bakar Nordin (1995). Subjek kajian terdiri daripada 440 pelajar tingkatan 1 hingga 5
daripada lapan buah sekolah menengah yang telah dipilih secara rawak. Mereka
kemudiannya dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan eksperimen (220)
dan kumpulan kawalan (220). Kumpulan eksperimen telah menerima rawatan
menggunakan modul Program Maju Diri sementara kumpulan kawalan tidak menerima
apa-apa rawatan. Untuk menguji hipotesis, ujian-t bersandar, ujian-t tidak bersandar
dan ujian ANOVA sehala telah digunakan.Keputusan kajian deskriptif menunjukkan bahawa modul Program Maju Diri
mempunyai kesahan kandungan yang baik dan mempunyai nilai pekali kebolehpercayaan
yang tinggi iaitu untuk sub-modul PIC tingkatan 1 (.92), sub-modul PIC tingkatan 2
(.68), sub-modul PIC tingkatan 3 (.95), sub-modul PIC tingkatan 4 (.86), sub-modul
PIC tingkatan 5 (.92), sub-modul PCI tingkatan 1 (.91), sub-modul PCI tingkatan 2 (.95),
sub-modul PCI tingkatan 3 (.63), sub-modul PND tingkatan 1 (.97), sub-modul PND
tingkatan 2 (.89) dan sub-modul PND tingkatan 3 (.77). |
---|