Pembelajaran Analisis Berangka dalam Talian

Kemajuan dalam teknologi komputer dan antara muka manusia-komputer telah banyak membuka peluang barn kepada perkembangan pembelajaran berbantukan komputer dan sistem kecerdasan penunjukajar. Malangnya, kebanyakan bahan tersebut hanya dalam bentuk "buku elektronik", di mana pembelajaran...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Senu, Norazak
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 2001
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9461/1/FSAS_2001_18.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kemajuan dalam teknologi komputer dan antara muka manusia-komputer telah banyak membuka peluang barn kepada perkembangan pembelajaran berbantukan komputer dan sistem kecerdasan penunjukajar. Malangnya, kebanyakan bahan tersebut hanya dalam bentuk "buku elektronik", di mana pembelajaran masih lagi melalui pembacaan teks dan pemaparan imej dua dimensi. Projek ini telah menghasilkan Makmal Pengiraan Serangka (MPS) yang bersifat interaktif dan sistem pembelajaran yang berasaskan web. Sistem MPS terdiri daripada kalkulator anal isis berangka, nota, tutorial &n beberapa pautan yang membolehkan pelajar mendapatkan maklumat yang berguna. Melalui MPS, pelajar boleh mencapai nota kuliah dalam masa 24 jam sehari, menyelesaikan tutorial bagi menguji kefahaman, dan pada masa yang sama mereka boleh menggunakan kalkulator yang mempunyai ciri penyelesai persamaan, animasi, dan grafik sebagai bahan sokongan pembelajaran serta kemudahan e-mel untuk menerima maklumbalas berkenaan bahan kursus. Kalkulator analisis berangka telah dibangunkan menggunakan Tool Command Language/ Tool Kit (Telffk). Telffk adalah bahasa skrip yang menyokong banyak ciri seperti pembinaan Antara Muka Grafik Pengguna (GUI) yang canggih, aplikasi cross-platform, integrasi fleksibel, aplikasi rangkaian dan aplikasi terbenam (embedded). Pemalam Tel merupakan kemudahan yang membolehkan aplikasi dilarikan atas penyemak seimbas (browser). Melalui kalkulator, pelajar boleh memaparkan dan menambah kefahaman tentang konsep kaedah berangka seperti menyelesaikan Persamaan Linear Serentak, Pembezaan dan Pengamiran Berangka, Interpolasi, Persamaan Tak Linear, Penghampiran Fungsi dan Pemadanan Data dan Persamaan Pembezaan Biasa. Nota analisis berangka dan tutorial disediakan menggunakan LaTeX yang kemudiannya ditukar kepada fail PDF.