Sistem Bantuan Pembinaan Kamus Berasaskan Pangkalan Data Teks Bebas
Sebuah kamus bukan sahaja berguna untuk memberikan maklumat tentang makna dan penggunaan perkataan, tetapi juga dapat dijadikan sebagai sumber rujukan utama ten tang perbendaharaan kata sesuatu bahasa. Bidang perkamusan amat luas kerana ianya meliputi pelbagai subdisiplin dalam bidang linguistik...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English Malay |
Published: |
1992
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9626/1/FSKTM_1992_1_IR.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Sebuah kamus bukan sahaja berguna untuk memberikan maklumat tentang makna
dan penggunaan perkataan, tetapi juga dapat dijadikan sebagai sumber rujukan
utama ten tang perbendaharaan kata sesuatu bahasa. Bidang perkamusan amat luas
kerana ianya meliputi pelbagai subdisiplin dalam bidang linguistik termasuklah
semantik, sintaksis, morfologi dan sebagainya. Dalam proses pembangunan
kamus, penyusunnya pedu menjalankan penyelidikan dan mempunyai kepakaran di
dalam pelbagai subdisiplin tersebut.
Tesis ini membincangkan hasil penyelidikan pengkomputeran yang berkaitan
dengan bidang perkamusan. Kajian yang dijalankan melibatkan pengkomputeran
sebahagian proses pembinaan kamus sebagai satu pendekatan untuk mempercepat
dan memudahkan penyusunan kamus. Hasil yang diperolehi ialah algoritma bagi
proses analisis morfologi perkataan bahasa Malaysia. Sebuah perisian komputer
yang dinamakan Sistem Bantuan Pembinaan Kamus (SBPK) juga dibangunkan
untuk membantu ahli leksikografi menjalankan tugas penyusunan kamus bahasa
Malaysia. Sistem ini menggabungkan kemudahan untuk melaksanakan analisis
morfologi, penentusahan perkataan, capaian teks daripada pangkalan data teks
be bas dan penyuntingan teks. Dengan bantuan sistem ini, dijangka dapat
mempercepat dan memudahkan kerja pembinaan sesebuah kamus berbanding
dengan kaedah manual yang sedia ada. |
---|