Sistem Kripto Luc Untuk Pengesahan Aplikasi Telnet
Tesis ini membincangkan perbandingan antara dua sistem kripto kunci awam iaitu sistem kripto Rivest-Shamir-Adleman, RSA dan sistem kripto berasaskan fungsi Lucas, LUC. Perbandingan dibuat untuk aspek-aspek pelaksanaan dan keselamatan. Bagi aspek pelaksanaan, proses penjanaan kunci kriptografi, p...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English Malay |
Published: |
1999
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9631/1/FSKTM_1999_6_IR.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Tesis ini membincangkan perbandingan antara dua sistem kripto kunci
awam iaitu sistem kripto Rivest-Shamir-Adleman, RSA dan sistem kripto
berasaskan fungsi Lucas, LUC. Perbandingan dibuat untuk aspek-aspek
pelaksanaan dan keselamatan. Bagi aspek pelaksanaan, proses penjanaan kunci
kriptografi, penyulitan, penyahsulitan, tandatangan digital dan pengesahbetulan
tandatangan digital dikaji. Bagi aspek keselamatan pula, kriptanalisis yang telah
diterbitkan daripada segi protokol pelaksanaan dan ketakbolehramalan penjana
nombor rawak RSA dan LUC dikaji.
Jujukan nombor rawak yang dihasilkan oleh penjana sistem kripto RSA
dan LUC telah dikaji dan dibandingkan dengan menggunakan kaedah jelmaan
Fourier. HasH eksperimen menggunakan sehingga enam digit modulus
menunjukkan kedua-dua penjana nombor rawak RSA dan LUC mempunyai ciri yang hampir sarna. Dengan itu kedua-dua sistern kripto tersebut mempunyai tahap
kekriptografian yang agak setara.
Sistern kripto LUC dipilih sebagai algoritrna kriptografi untuk
membangunkan prototaip sistem pengesahan aplikasi telnet dalam persekitaran
sistem pengoperasian Linux. Prototaip yang dibangunkan menyediakan sistern
pengesahan dua hala. Semasa sidang pengesahan, tantangan nombor rawak yang
dijana oleh pengesah betul dikaitkan dengan pengecam pihak pendakwa. Pihak
pendakwa akan menjana tandatangan digital ke atas tantangan sebagai kiriman
balas sidang berkenaan. Untuk mengesah betul tandatangan digital, pihak pengesah
betul akan menggunakan kunci awam yang berkaitan dengan pengecaman pihak
pendakwa. Jika kunci awam tersebut berjaya mengesah betul tandatangan digital
pada tantangan tersebut, maka pihak pendakwa adalah sah. |
---|