Estetika Dalam Lirik Lagu-Lagu Nyanyian P. Ramlee

Estetika merupakan kemuncak ketinggian nilai sesebuah karya kreatif. Nilai tara yang ditetapkan itu bukan sekadar pada ungkapan yang tersurat tetapi merangkumi aspek tersirat. Lantaran itu setiap unsur yang membina estetika saling mempertaut dan memperjelas bagi membentuk kesempurnaan. Oleh yang de...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Sujud, Arba'ie
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 1999
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9793/1/FBMK_1999_6_A.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Estetika merupakan kemuncak ketinggian nilai sesebuah karya kreatif. Nilai tara yang ditetapkan itu bukan sekadar pada ungkapan yang tersurat tetapi merangkumi aspek tersirat. Lantaran itu setiap unsur yang membina estetika saling mempertaut dan memperjelas bagi membentuk kesempurnaan. Oleh yang demikian, kajian ke atas lirik lagu-lagu nyanyian seniman lagenda P.Ramlee, dilakukan untuk memperlihatkan unsur-unsur tersebut. Hal ini kerana, bidang nyanyian merupakan salah satu bidang yang berjaya dikuasai oleh beliau. Tambahan pula, lagu-lagu nyanyiannya masih dapat menambat hati pencinta seni lagu dan mampu bertahan sehingga kini. Bagi menjelaskan unsur estetika dalam lirik lagu-Iagu tersebut, tiga ciri keindahan disentuh iaitu merangkumi keutuhan dan kesempurnaan, keselarasan dan keseimbangan serta aspek kejelasan. Dalam hal ini, aspek bahasa yang merupakan medium pengantara dikaji secara khusus. Namun, pembicaraan terhadap aspek bahasa ini tidak dilakukan secara terpisah sebaliknya mengaitkannya dengan makna yang disampaikan. Pemilihan kata yang teliti berhasil menemukan aspek keutuhan dan kesempurnaan. Penggabungjalinan unsur 'tradisi' dan 'moden' dalam fenomena 'dunia berjodoh', membentuk aspek kesempurnaan yang menjadi sebahagian daripada ciri-ciri estetika. Selain itu, akan ditemui kata-kata yang beranekaragam, pengulangan bahasa, penyimpangan bahasa yang mengungkapkan makna tertentu. Oleh yang demikian, dapat dikesani daripada kajian ini, setiap kata yang dipilih berfungsi dan dapat dipertanggungjawabkan dalam menyampaikan maksud tertentu. Unsur kejelasan dipaparkan menerusi pemilihan kata terpilih yang menggambarkan unsur tersurat atau tersirat. Dalam hubungan ini, akan wujud kata-kata tertentu yang biasa tetapi dimanipulasikan dengan baik dan berkesan sehingga mengungkapkan makna yang mendalam. Selain itu, dalam kajian yang dilakukan turut meneliti persoalan yang paling dominan dipaparkan dalam lirik lagu-lagu yang dikaji. Usaha ini diharapkan dapat memperkaya koleksi warisan P .Ramlee dalam memartabatkannya sebagai seniman lagenda khusus dalam bidang nyanyian.