Penglibatan Wanita Dalam Perusahaan Mikro

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor yang mempengaruhi penglibatan wanita dalam aktiviti perusahaan mikro dan menilai sumbangan penglibatan mereka terhadap pendapatan keluarga. Pengumpulan data di lakukan melalui temu bual dengan 62 orang wanita keluarga pekebun kecil. Data kualitati...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Misman, Sarimah
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 1995
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9837/1/FEM_1995_3_A.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor yang mempengaruhi penglibatan wanita dalam aktiviti perusahaan mikro dan menilai sumbangan penglibatan mereka terhadap pendapatan keluarga. Pengumpulan data di lakukan melalui temu bual dengan 62 orang wanita keluarga pekebun kecil. Data kualitatif didapati daripada pemerhatian ikut serta yang dijalankan ke atas lapan buah keluarga. Wanita yang terlibat dalam kajian ini mengusahakan tiga jenis perusahaan mikro, iaitu perusahaan makanan basah, makanan ringan dan kraftangan. Penemuan kajian mendapati penglibatan wanita dalam perusahaan mikro dapat meningkatkan pendapatan keluarga, sebanyak 45%. Kajian juga mendapati perusahaan jenis makanan basah yang diusahakan sepenuh masa menyumbangkan jumlah pendapatan yang lebih tinggi berbanding dengan perusahaan jenis makanan kering dan perusahaan bukan makanan kerana pengeluaran perusahaan makanan basah didapati besar. Pendapatan perusahaan makanan menyumbangkan kepada jumlah pendapatan bulanan keluarga. saiz lebih 55% Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pengusaha wanita menerima bantuan paling banyak dalam bentuk tenaga buruh daripada keluarga dan khidmat nasihat daripada agensi pembangunan. Pemerhatian juga mendapati pengusaha wanita yang berjaya mempunyai motivasi diri yang tinggi, berkeyakinan, berfikiran jauh, berdisiplin dan mempunyai pendedahan dari segi keusahawanan dan mempunyai kemahiran komunikasi yang baik.