Bahasa figuratif dalam novel Anwar Ridhwan

Bahasa figuratif merupakan salah satu bentuk gaya bahasa yang mengandungi maksud tersirat yang digunakan dalam karya kreatif mahupun karya bukan kreatif. Aspek kajian ini memberi fokus terhadap penggunaan bahasa figuratif dalam karya kreatif, yang mempunyai fungsi penting sama ada kepada pengarang d...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Khalidi, Siti Norashikin
Format: Thesis
Language:Malay
Published: 2019
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/98569/1/FBMK%202019%2058%20IR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Bahasa figuratif merupakan salah satu bentuk gaya bahasa yang mengandungi maksud tersirat yang digunakan dalam karya kreatif mahupun karya bukan kreatif. Aspek kajian ini memberi fokus terhadap penggunaan bahasa figuratif dalam karya kreatif, yang mempunyai fungsi penting sama ada kepada pengarang dan juga kepada pembaca. Kaedah analisis kandungan digunakan untuk meneliti teks secara tekstual dan kontekstual. Selain itu, penganalisisan data kajian dilakukan dengan menggunakan kaedah kualitatif. Kajian ini berfokuskan kepada tiga objektif utama, iaitu mengenal pasti jenis bahasa figuratif, menghuraikan makna tersurat dan makna tersirat bahasa figuratif dan menjelaskan fungsi bahasa figuratif yang terdapat dalam novel Anwar Ridhwan. Data kajian ini diperoleh daripada penganalisisan tiga buah novel yang bertajuk Hari-hari Terakhir Seorang Seniman (1979), Naratif Ogonshoto (2001) dan Penyeberang Sempadan (2012). Kajian ini dijalankan berpandukan teori pragmatik, iaitu Teori Relevans yang diasaskan oleh Dan Sperber dan Deirde Wilson pada tahun (1986). Hasil kajian yang menfokuskan kepada lima jenis bahasa figuratif, iaitu personifikasi, simile, metafora, hiperbola dan alusi menemukan sebanyak 300 data bahasa figuratif. Hasil kajian dari sudut makna tersurat dan makna tersirat bahasa figuratif yang terdapat dalam novel Anwar Ridhwan pula menunjukkan bahawa Teori Relevans berjaya merungkaikan makna sebenar yang ingin disampaikan oleh pengarang dan seterusnya dapat difahami oleh pembaca. Seterusnya, analisis dari sudut fungsi bahasa figuratif, pengkaji mendapati bahawa bahasa figuratif adalah bertujuan untuk menjelaskan, memperkuatkan dan menghidupkan objek mati tentang sesuatu keadaan yang sedang berlaku dalam novel yang dikaji. Kesimpulannya, dalam kajian ini bahasa figuratif merupakan kaedah, gaya bahasa dan kebijaksanaan pengarang untuk melontarkan sesuatu perkara di dalam karyanya secara tersirat. Di samping itu, kajian tentang makna yang melibatkan bidang pragmatik dapat meningkatkan tahap pemahaman pembaca mengenai sesuatu perkara yang abstrak. Impaknya, sesuatu perkara yang hendak disampaikan, difikirkan atau dirasakan oleh pengarang dapat memberikan kesan pembaca.