Wacana instagram dalam kalangan ahli politik terpilih di Malaysia
Media sosial Instagram semakin diminati oleh semua lapisan masyarakat termasuklah golongan usahawan, anak seni, mahupun ahli politik. Kebelakangan ini, ramai ahli politik mula bergiat aktif di Instagram sebagai wadah penyebaran maklumat dan meraih sokongan rakyat. Seiringan dengan itu, kajia...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2019
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/98729/1/FBMK%202020%2058%20UPMIR.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Media sosial Instagram semakin diminati oleh semua lapisan masyarakat
termasuklah golongan usahawan, anak seni, mahupun ahli politik.
Kebelakangan ini, ramai ahli politik mula bergiat aktif di Instagram sebagai
wadah penyebaran maklumat dan meraih sokongan rakyat. Seiringan dengan
itu, kajian ini telah memfokuskan penulisan kapsyen dan komen di media sosial
Instagram ahli politik dengan berlandaskan dua objektif, iaitu mengenal pasti
wacana kapsyen Instagram dalam kalangan ahli politik dan menganalisis
interpretasi komen masyarakat melalui Instagram ahli politik terpilih. Kajian ini
dijalankan menggunakan kaedah kualitatif, iaitu menganalisis teks daripada
kapsyen dan komen di Instagram yang berpaksikan Teori Analisis Wacana.
Kajian ini telah memilih 5 orang ahli politik secara rawak bertujuan kerana
pemilihannya dibuat berdasarkan faktor ketokohan ahli politik tersebut.
Seterusnya, sebanyak 100 kapsyen telah dipilih berdasarkan 5 ahli politik
untuk dianalisis menerusi objektif yang pertama manakala sebanyak 45 komen
masyarakat telah dipilih secara rawak bagi menganalisis objektif kedua.
Keputusan kajian objektif pertama menunjukkan bahawa, wacana teks yang
ditulis oleh ahli politik berperanan mempunyai peranan dalam mewujudkan
konteks bahasa yang tersusun, kontekstual dan mudah diterima oleh
pengguna bahasa. Keputusan objektif kedua pula menunjukkan wujudnya
segelintir masyarakat yang telah menulis komen dengan melakukan
pengandaian sendiri dan mengikut perasaan hingga mencetuskan kesan
marah, kecewa dan gembira. Implikasi kajian ini jelas menunjukkan bahawa
penggunaan media sosial Instagram dapat merapatkan hubungan antara ahli
politik dengan masyarakat melalui penyaluran dan penerimaan maklumat
khususnya berkaitan dengan isu politik Akhir sekali, diharapkan kajian
mendatang dapat mengkaji wacana teks dalam bidang yang lain misalnya
bidang kesihatan ataupun kekal memfokuskan bidang politik tetapi
menggunakan media sosial yang berlainan. |
---|