Kesejahteraan subjektif kewangan sebagai petunjuk pembangunan komuniti dalam kalangan komuniti Orang Asli Mah Meri di Selangor, Malaysia
Kajian ini menjelaskan kesejahteraan subjektif kewangan sebagai petunjuk pembangunan komuniti dalam kalangan komuniti Orang Asli Mah Meri, Selangor, Malaysia. Komuniti Orang Asli sudah mula mengalami perubahan hidup dan pastinya ia memberi kesan kepada kesejahteraan hidup mereka. Hal ini ber...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2021
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/98837/1/FEM%202021%202%20UPMIR.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini menjelaskan kesejahteraan subjektif kewangan sebagai petunjuk
pembangunan komuniti dalam kalangan komuniti Orang Asli Mah Meri,
Selangor, Malaysia. Komuniti Orang Asli sudah mula mengalami
perubahan hidup dan pastinya ia memberi kesan kepada kesejahteraan
hidup mereka. Hal ini berlaku kesan daripada pembangunan yang berada
di sekitar penempatan mereka. Pengukuran kesejahteraan hidup
masyarakat Orang Asli sering dilihat daripada perspektif objektif dengan
menggunakan pengukuran ekonomi. Namun, kajian ini memberi satu sudut
pandang yang berbeza dengan melihat kepada kesejahteraan hidup
secara subjektif. Kesejahteraan subjektif kewangan komuniti Orang Asli
masih lagi kabur dan kajian mengenainya adalah terbatas. Rentetan
daripada itu, kajian ini dilakukan untuk memahami konsep kesejahteraan
subjektif kewangan, menghuraikan status kesejahteraan subjektif
kewangan mereka, mengenal pasti faktor perubahan kesejahteraan
subjektif kewangan dan seterusnya menjelaskan kesejahteraan subjektif
kewangan sebagai salah satu petunjuk pembangunan komuniti. Seramai
15 Orang Asli Mah Meri dalam kalangan Ketua Isi Rumah (KIK) dari seluruh
perkampungan Orang Asli Mah Meri di Selangor terlibat dalam kajian ini.
Hal ini kerana kedudukan perkampungan mereka yang dikelilingi oleh
pembangunan dan perindustrian dilihat penting untuk diteliti dan dikaji pada
masa kini. Kajian ini dijalankan secara kualitatif dengan reka bentuk kajian
adalah secara exploratory. Pengumpulan data dilakukan secara temu bual
mendalam dan Teknik Kumpulan Nominal (NGT). Pemerhatian tidak turut
serta juga digunakan dalam kajian ini. Analisis kajian adalah berasaskan
tema. Berdasarkan dapatan kajian terdapat tiga tema besar dalam
membincangkan konsep kesejahteraan subjektif kewangan iaitu: (i)
kecukupan; (ii) keselesaan dan (iii) kepuasan. Manakala dari segi status
kesejahteraan subjektif kewangan pula menunjukkan masyarakat Orang Asli berada dalam keadaan sejahtera. Terdapat empat faktor perubahan
kesejahteraan subjektif kewangan masyarakat Orang Asli di kawasan
kajian iaitu: (i) perubahan nilai; (ii) sumber pendapatan; (iii) pendidikan dan
(iv) kontak sosial. Kesemua faktor ini menyebabkan masyarakat Orang Asli
di kawasan kajian terdedah dengan arus perubahan yang mempengaruhi
kehidupan mereka. Dalam kajian ini juga kesejahteraan subjektif kewangan
sebagai salah satu petunjuk pembangunan komuniti dapat dilihat dengan
jelas melalui empat matlamat pembangunan komuniti iaitu (i) meningkatkan
kualiti kehidupan, (ii) mengintegrasi ahli komuniti, (iii) mewujudkan
kerjasama antara ahli komuniti, dan (iv) mewujudkan transformasi sosial
dalam komuniti. Walaupun secara dasarnya jika dilihat dari sudut
kesejahteraan secara objektif menampakkan mereka masih rendah dan
ketinggalan namun secara subjektifnya kesejahteraan kewangan komuniti
Orang Asli Mah Meri adalah baik dan ada perubahan. Perubahan yang
berlaku dalam aspek ekonomi dan sosial ini bersesuaian dengan
kehidupan manusia yang sentiasa berusaha meningkatkan kualiti
kehidupan mereka. Implikasinya, pembangunan sosial dan ekonomi perlu
terus diberikan perhatian dalam mengisi pembangunan Orang Asli untuk
memastikan komuniti Orang Asli terus mengecapi kenikmatan
pembangunan. |
---|