Sistem Sapaan dalam Bahasa Minangkabau: Suatu Tinjauan Sosiolinguistik

Kata sapaan merupakan komponen sosial yang penting dalam masyarakat Minangkabau. Kata sapaan dalam budaya dan bahasa Minangkabau dititikberatkan, kerana cara menyapa dan memanggil berkait dengan usia, peringkat dalam keluarga, dan tempat asal si penyapa. Tesis ini merupakan suatu kajian mengenai kat...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: H. Yuzar Akmam, Media Sandra Kasih
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 2000
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9925/1/FBMK_2000_11_IR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kata sapaan merupakan komponen sosial yang penting dalam masyarakat Minangkabau. Kata sapaan dalam budaya dan bahasa Minangkabau dititikberatkan, kerana cara menyapa dan memanggil berkait dengan usia, peringkat dalam keluarga, dan tempat asal si penyapa. Tesis ini merupakan suatu kajian mengenai kata sapaan yang terdapat dalam masyarakat Minangkabau. Sementara itu, wilayah yang dikaji meliputi wilayah darek dan rantau. Kata sapaan yang dikaji terdiri daripada kata sapaan kekeluargaan, umum, adat dan kata sapaan agama. Bagi menganalisis kata sapaan ini, digunakan peraturan dan pendekatan sosiolinguistik. Antara peraturan dan pendekatan ini ialah peraturan sosiolinguistik yang dirumuskan oleh Ervin-Tripp, iaitu Peraturan Altemasi (Alternation Rules), Peraturan Perurutan (Sequencing Rules), dan Peraturan Kejadian Bersama (Co-Occurrence Rules). Selain itu, komponen berbahasa dalam komunikasi (SPEAKING) oleh Hymes, diberikan tumpuan juga. Daripada penganalisisan tersebut dapat disimpulkan seperti yang berikut (a) Sistem sapaan ini berkaitan rapat dengan system nilai sosio budaya Minangkabau, (b) Sistem sapaan dalam bahasa Minangkabau sangat bervariasi, (c) Sistem sapaan bahasa Minangkabau ditentukan oleh usia penyapa dan si disapa, (d) Kata sapaan di wilayah darek (darat) mempunyai perbezaan apabila dibandingkan dengan wilayah rantau, (e) Perbezaan kata sapaan di darek (darat) dengan di rantau dapat dimengertikan oleh masyarakat di kedua-dua buah wilayah, (f) Kata sapaan di kawasan kota menunjukkan perubahan dan dipengaruhi oleh bahasa dan budaya luar.