Integrasi etnik dalam novel kanak-kanak pemenang hadiah sayembara anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka

Integrasi etnik dalam novel kanak-kanak ialah proses penyatuan pelbagai kelompok bangsa melalui pengenalan dan pewujudan satu identiti yang sama melalui cerita yang berlatarkan dunia kanak-kanak. Kajian ini dilakukan rentetan daripada laporan oleh beberapa kajian yang mendapati bahawa tahap sosi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Muhayat, Faezah
Format: Thesis
Language:English
Published: 2022
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/99634/1/FAEZAH%20BINTI%20MUHAYAT%20-%20IR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Integrasi etnik dalam novel kanak-kanak ialah proses penyatuan pelbagai kelompok bangsa melalui pengenalan dan pewujudan satu identiti yang sama melalui cerita yang berlatarkan dunia kanak-kanak. Kajian ini dilakukan rentetan daripada laporan oleh beberapa kajian yang mendapati bahawa tahap sosialisasi kanak-kanak pelbagai etnik di negara ini berada pada tahap rendah dan tidak mesra. Dapatan ini menunjukkan petanda kurang sihat generasi muda dalam proses mewujudkan integrasi etnik. Menurut pandangan sarjana, pendekatan kesusasteraan sebagai alat penyatuan etnik adalah berkesan kerana hasil karya sastera dalam pelbagai bentuk dapat memupuk perpaduan. Hal ini dapat dilihat melalui penyampaian cerita yang dapat memberi inspirasi dan mendidik sikap serta emosi manusia kepada kehidupan kerohanian yang jujur, ikhlas, berbudi bahasa, bersyukur dan bertolak ansur. Lantaran itu, kajian ini dilakukan dengan tujuan untuk mengenal pasti integrasi etnik dalam novel kanak-kanak pemenang hadiah sayembara anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berdasarkan konsep ‘integrasi etnik’ yang dikemukakan oleh tokoh sarjana, menganalisis aspek-aspek integrasi etnik tersebut berdasarkan Model Integrasi Kanak-kanak Pelbagai Etnik janaan Model Proses Integrasi Ali Mazrui (1969) dan seterusnya merumuskan tahap integrasi dominan yang terdapat dalam novel kanak-kanak pemenang hadiah sayembara anjuran DBP. Untuk mencapai objektif ini, sepuluh buah novel kanak-kanak pemenang hadiah sayembara anjuran DBP telah dipilih untuk dianalisis. Berdasarkan Model Integrasi Kanak-kanak Pelbagai Etnik, dapatan kajian menemukan sebanyak lapan daripada sepuluh buah novel kanak-kanak telah menunjukkan tahap integrasi dominan, iaitu pada tahap 3 dan tahap 4. Novel-novel yang mencapai integrasi tahap 3 ialah novel Namanya Solstis (2010), Rahsia Dhia (2014), Iqbal Membina Jaya (2015) dan Musim Luruh Terakhir di Hachioji (2009). Manakala novel kanak-kanak yang berada pada tahap 4 pula ialah Memori Atikah (2002), Ekspedisi Merentas Zaman (2009), Gerbang Pelangi (2015) dan Sahabatku Isa YB (2016). Kajian juga mendapati bahawa pengarang novel Gerbang Pelangi (2015) telah menerapkan keempat-empat aspek integrasi etnik dalam penceritaannya. Pada tahap 3 dan tahap 4, hubungan kanak-kanak menjadi kompleks, beragam, saling bergantung dan mencapai keserasian sehingga mencapai tahap integrasi maksimum, iaitu berlaku penyatuan (asimilasi) dalam pergaulan kanak-kanak berlainan etnik. Kanak-kanak ini dilihat serasi berkawan dan selesa mengamalkan cara hidup rakan-rakan berlainan etnik tanpa paksaan. Hasil kajian ini merumuskan bahawa novel kanak-kanak berupaya menjadi medium integrasi etnik dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia.