Penginstitusian ideologi sastera asas 50 dalam Kesusasteraan Melayu masa kini

Tesis ini bertitik tolak daripada sorotan literatur yang mengenal pasti beberapa kecenderungan penting dalam resepsi kritis mengenai ideologi sastera yang menjadi pegangan ASAS 50, dan penginstitusiannya dalam kesusasteraan Melayu moden. Ini merujuk kepada kecenderungan sarjana dan pengkritik saster...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abu Bakar, Nur Fatiha Fadila
Format: Thesis
Language:English
Published: 2020
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/99641/1/NUR%20FATIHA%20FADILA%20ABU%20BAKAR%20-%20IR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tesis ini bertitik tolak daripada sorotan literatur yang mengenal pasti beberapa kecenderungan penting dalam resepsi kritis mengenai ideologi sastera yang menjadi pegangan ASAS 50, dan penginstitusiannya dalam kesusasteraan Melayu moden. Ini merujuk kepada kecenderungan sarjana dan pengkritik sastera yang dengan jelas memperakukan kepentingan ideologi sastera ASAS 50 dalam perkembangan kesusasteraan Melayu moden. Walau bagaimanapun, perbincangan tentang ideologi sastera ASAS 50 yang diperakukan sebagai penting dalam perkembangan kesusasteraan Melayu moden adalah terpenggalpenggal, dan tidak berfokus. Sorotan ini turut mengenal pasti kecenderungan sarjana dan pengkritik sastera yang mendakwa bahawa penginstitusian ideologi ASAS 50 sebagai satu ideologi yang sah bagi kesusasteraan Melayu moden adalah satu bikinan yang dimungkinkan oleh percaturan politik sastera. Soal penginstitusian ideologi sastera ASAS 50 dalam kesusasteraan Melayu moden yang dimungkinkan oleh percaturan politik sastera ini, walau bagaimanapun tidak disertakan dengan hujah yang sistematik dan saintifik. Dalam konteks ini, tesis ini memproblematikkan soal perbincangan tentang ideologi sastera ASAS 50 yang terpenggal-penggal, dan soal politik sastera dalam penginstitusian ASAS 50 dalam kesusasteraan Melayu moden. Ini termasuklah soal implikasi penginstitusian ideologi sastera ASAS 50 dalam perkembangan kesusasteraan Melayu masa kini. Sehubungan itu, tesis ini distrukturkan bagi mencapai tiga objektif. Pertama, menghuraikan ideologi sastera yang menjadi pegangan ASAS 50. Kedua, menganalisis penginstitusian ideologi sastera ASAS 50 berdasarkan kerangka teori ‘The Power Elite’. Ketiga, menghubungkaitkan penginstitusian ideologi sastera ASAS 50 dengan perkembangan kesusasteraan Melayu masa kini. Untuk mencapai ketiga-tiga objektif ini, tesis memilih teori ‘The Power Elite’ sebagai metodologi kajian. Teori ini dipilih kerana menawarkan perbincangan khusus tentang penginstitusian kedudukan dan kuasa, yang diperlukan dalam kajian ini. Tesis ini menjadikan buku Esei Sastera ASAS 50 (1981), Warisan ASAS 50 (1981), Memoranda Angkatan Sasterawan 50 (1987), Memoir Keris Mas: 30 Tahun Sekitar Sastera (1979), majalah Dewan Bahasa (1957-1970), majalah Dewan Sastera (1971-1990-an), dan Laporan Panel Anugerah Sastera Negara (1981-1985) yang terpilih, sebagai bahan kajian. Hasil kajian ini mendapati bahawa ideologi sastera yang menjadi pegangan ASAS 50 telah mencorak perkembangan kesusasteraan Melayu moden sehingga ke hari ini. Dengan menerapkan teori ‘The Power Elite’, kajian ini turut menyimpulkan bahawa penginstitusian ideologi sastera ASAS 50 dalam kesusasteraan Melayu moden adalah suatu bikinan yang dimungkinkan dengan percaturan politik sastera.