Kaedah terjemahan dan struktur berita bahasa Inggeris ke dalam bahasa Tamil

Terjemahan melibatkan pemindahan makna dari satu bahasa ke satu bahasa lain, maka wujudnya teori- teori terjemahan bagi menghantarkan makna daripada seorang manusia kepada manusia lain. Kepentingan terjemahan berita semakin meningkat dalam dekad yang lalu telah meningkatkan isu tentang keaslian t...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Elumalai, Logeswaari
Format: Thesis
Language:English
Published: 2021
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/99652/1/LOGESWAARI%20AP%20ELUMALAI%20-%20IR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Terjemahan melibatkan pemindahan makna dari satu bahasa ke satu bahasa lain, maka wujudnya teori- teori terjemahan bagi menghantarkan makna daripada seorang manusia kepada manusia lain. Kepentingan terjemahan berita semakin meningkat dalam dekad yang lalu telah meningkatkan isu tentang keaslian terjemahan berita itu sendiri yang membawa kepada pemindahan daripada konsep kesepadanan antara teks sumber dengan teks sasaran. Bagi golongan pembaca berita dunia Tamil yang hanya bergantung kepada surat khabar, mereka perlu mendapat berita yang cukup jelas dan padat. Dalam hal ini, seseorang penterjemah harus menguasai teori, kemahiran, serta berpengetahuan dalam bidang yang terlibat. Rentetan itu, penterjemah perlu menggunakan kaedah terjemahan yang sesuai supaya menghasilkan sebuah teks terjemahan yang tidak mengelirukan masyarakat. Oleh itu, pengkaji berminat untuk mengkaji kaedah terjemahan dan struktur terjemahan berita dunia bahasa Inggeris ke dalam berita bahasa Tamil. Pengkaji memilih 40 set berita dunia yang terdiri daripada 40 berita bahasa Inggeris dan 40 berita bahasa Tamil. Pengkaji mengumpul berita sumber dan berita terjemahan daripada agensi berita Malaysia Nanban. Akhbar tersebut dipilih sebagai sumber berita bahasa Tamil kerana akhbar ini merupakan surat khabar paling banyak dibaca antara akhbar berbahasa Tamil di Malaysia. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan membuat pemerhatian kepada teks berita bagi mengenalpasti kaedah terjemahan dengan teori terjemahan Newmark (1988) dan membuat perbandingan struktur berita sumber serta terjemahan mengikut konsep Piramid Terbalik Stovall (2012). Kajian ini membincangkan keberkesanan struktur terjemahan berita. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kaedah terjemahan bebas dan harafiah lazim digunakan. Struktur berita sumber dikekalkan dalam terjemahan. Hasilnya menunjukkan kedua- dua berita sumber dan berita terjemahan mengutamakan maklumat paling penting dalm struktur penulisan berita. Tambahan pula, struktur ini berefektif dalam menghasilkan teks berita yang padat dan jelas. Kajian ini menjadi rujukan kepada bidang penterjemahan berita bahasa Tamil dalam meningkatkan kualiti teks terjemahan. Kajian ini juga diharapkan dapat membantu penterjemah untuk menggunakan kaedah terjemahan yang sesuai supaya menghasilkan teks berita yang berefektif.