جمعية الدعوة الإسلامية سنغافورة ومساهمتها في تنمية المجتمع الملايوي المسلم فيها
Kajian ini bermaksud untuk menjelaskan kedudukan Persekutuan Dakwah lslamiyah Singapura (Jamiyah Singapura) terhadap perkembangan masyarakat Melayullslam di Singapura yang merupakan organisasi Islam tertua dan pertama di Singapura. Kajian ini juga menjelaskan peranan aktif organisasi ini dengan mem...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | other |
Subjects: | |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bermaksud untuk menjelaskan kedudukan Persekutuan Dakwah lslamiyah Singapura (Jamiyah Singapura) terhadap perkembangan masyarakat Melayullslam di Singapura yang merupakan organisasi Islam tertua dan pertama di Singapura. Kajian ini juga menjelaskan peranan aktif organisasi ini dengan memberikan sumbangan terhadap keperluan perkembangan kaum masyarakat Melayu/Islam dan kaum lainnya. baik yang beragama Islam mahupun bukan Islam, kerana Jamiyah bergiat untuk ummah. Disamping metodologi dakwah tradisional, Jamiyah juga mengambil dan mengamalkan kaedah-kaedah moden dalaln berdakwah, seperti: asuhan dan penjagaan orang tua dan lanjut usia, anak-anak yatim, bekas penagih dadah melalui rumah- rumah kebajikannya. Jamiyah bahkan mengadakan beberapa pameran Islam dan dialog bersama para pengikut berbilang agama, malah Jamiyah telah membina jembatan kerjasama dengan mereka dalam kegiatan-kegiatan kebajikan dan pendidikan. Dalam ha1 ini, untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan pertubuhan ini dan kegiatan-kegiatannya, beberapa teknik kajian telah digunapakai iaitu mengkaji beberapa dokumen dan kegiatan-kegiatannya yang boleh didapati di Jamiyah serta kajian lapangan dan observasi langsung di beberapa cawangannya yang ada di dalam negeri disamping itu juga diadakan soal-jawab dan temu bual dengan beberapa orang terkemuka di Singapura, Alhamdulillah, hasil kajian ini menunjukkan bahawa Jamiyah Singapura telah memainkan peranan penting bahkan telah memberikan sumbangan yang sangat berguna dan tak terkira banyaknya kepada negeri ini demi pembangunan masyarakat Melayu/Islam dan golongan-golongan lain yang memerlukan. Jamiyah berpendapat bahawah sesebuah pertubuhan dakwah wajib mempunyai perancang dan penggerak ekonomj untuk meyakinkan bahawa kegiatan- kegiatan dakwah dapat berjalan dengan mulus; seperti kebajikan dan pendidikan supaya ia tidak bergantung kepada pemberian dan sumbangan para dermawan dan penderma saja supaya umat Islam dapat berdiri di atas kaki mereka sendiri. |
---|