Komponen Varians Interaksi Pelajar Dengan Soalan Dan Kesan Terhadap Kebolehpercayaan

Dalam bidang pendidikan, varians interaksi pelajar dengan item merupakan kesan yang terbaur dalam ralat kerana item ujian hanya diuji sekali dan tidak akan diulangi terhadap kumpulan pelajar yang sama. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengasingkan kesan interaksi pelajar dengan item daripad...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Tan , Yih Tyng
Format: Thesis
Language:English
Published: 2016
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/32311/1/TAN_YIH_TYNG_24%28NN%29.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Dalam bidang pendidikan, varians interaksi pelajar dengan item merupakan kesan yang terbaur dalam ralat kerana item ujian hanya diuji sekali dan tidak akan diulangi terhadap kumpulan pelajar yang sama. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengasingkan kesan interaksi pelajar dengan item daripada unsur ralat. Kesan interaksi pelajar dengan item ini dikaji sama ada ia mempunyai pengaruh terhadap pekali kebolehpercayaan. Teori kebolehitlakan atau dikenali sebagai teori G digunakan dalam kajian ini. Teori G menyediakan dua kajian iaitu kajian kebolehitlakan (kajian G) dan kajian keputusan (kajian D). Kajian G adalah penganggaran komponen varians bagi ujian yang sedia ada kemudian indeks kebolehpercayaan dihitung berdasarkan komponen-komponen varians tersebut. Indeks kebolehpercayaan dalam teori G dikenali sebagai pekali kebolehitlakan, 2  . Pengasingan interaksi pelajar dengan item dari ralat dilakukan berdasarkan kepada empat model yang berasingan. Model yang pertama (kajian G I) ialah reka bentuk faset tunggal bersilang iaitu pelajar bersilangan dengan item (p×i). Kemudian fasetfaset tambahan ditambahkan ke dalam model kedua (kajian G II) iaitu reka bentuk dua faset bersilang pelajar (p)×item (i)×masa (o). Model yang ketiga (kajian G III) adalah analogi kepada reka bentuk tersarang bagi model pertama yang mana item tersarang dalam taksonomi (t), reka bentuk p×i menjadi p×i:t. In the field of education, person by item interaction variance component is confounded in error because the test items were only tested once and they will not be repeated to the same group of students. The main objective of this study is to separate the person by item interaction from the error term. The effect of the person by item interaction was studied whether its has an influence on the reliability coefficient. Generalizability theory or also called G theory was used in this study. G theory provides two studies which is generalizability studies (G study) and decision studies (D study). G study is a estimation of variance components for the existing test and the reliability index is calculated based on the variance components. The reliability index in G theory is known as the generalizability coefficient, 2  . Separation of person by item interaction from the error term was done according to four different models. The first model (G study I) is the single facet crossed designed which the person crossed item design (p×i). Then, the supplemental facets were added into the second model (G study II), which are the two facets crossed design, person (p)×item(i)×occasion(o). The third model (G study III) was analog to the nested model of the first model, where the item was nested with taxonomy (t) and now p×i design become p×i:t.