Kemahiran Pemikiran Sejarah Melalui Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (Tmk) Oleh Guru Pelatih

Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti bentuk teknologi yang digunakan oleh guru pelatih dalam mengajar mata pelajaran Sejarah. Kajian ini turut menerokai kategori Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) yang dilaksanakan oleh guru pelatih dengan menggunakan TMK. Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) ya...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Che Dahalan, Shakila
Format: Thesis
Language:English
Published: 2015
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/32319/1/SHAKILA_BINTI_CHE_DAHALAN.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti bentuk teknologi yang digunakan oleh guru pelatih dalam mengajar mata pelajaran Sejarah. Kajian ini turut menerokai kategori Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) yang dilaksanakan oleh guru pelatih dengan menggunakan TMK. Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) yang terlibat adalah kemahiran mengikut kronologi, menerokai bukti, membuat imaginasi, membuat interpretasi dan membuat rasionalisasi. Kajian ini juga meneliti pandangan guru pelatih tentang kesan melaksanakan KPS dengan menggunakan TMK yang merangkumi cabaran dan cadangan guru pelatih terhadap pelaksanaan KPS melalui penggunaan TMK. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kes kualitatif dengan menggunakan tiga pendekatan iaitu pemerhatian, temu bual mendalam dan analisis dokumen untuk mengumpulkan data. Peserta kajian terdiri daripada empat orang guru pelatih tahun empat Kursus Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan Pendidikan di Universiti Sains Malaysia yang sedang menjalani latihan mengajar di sekolahsekolah sekitar Pulau Pinang. This research is done to identify the kind of technology used by teacher trainees teaching History. This research also explores the Historical Thinking Skills category which was carried out by the trainees using ICT. The Historical Thinking Skills involved are skills needed to follow chronology, explore evidences, imagine, interpret and rationalize. This research also examines the view of the teacher trainees on the effect or outcome of embarking KPS using ICT which includes the challenges and suggestions of the trainees over the KPS implementation using ICT. The research being a qualitative case study uses three data collecting approach namely observation, in depth interview and document analysis to collect data. The participants identified for the research are four teacher trainees who are in year four Bachelor of Arts with education program from University of Sains Malaysia and currently undergoing their practicum in schools around Pulau Pinang.