Kajian terhadap dimensi-dimensi "empowerment" dan ketegangan kerja di kalangan guru-guru Sekolah Menengah Teknik di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang
Tujuan kajian ini ialah untuk mengkaji persepsi guru-guru sekolah menengah teknik (SMT) terhadap dimensi-dimensi "empowerment" dan mengenalpasti faktor dan tahap ketegangan kerja yang mereka alami di SMT-SMT yang terlibat. Subjek bagi kajian adalah tujuh ratus dua puluh guru daripada se...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2004
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.usm.my/35264/1/ABD.LATIF_BIN_KASIM_K%28HK%29_%28NN24%29.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Tujuan kajian ini ialah untuk mengkaji persepsi guru-guru sekolah menengah teknik
(SMT) terhadap dimensi-dimensi "empowerment" dan mengenalpasti faktor dan tahap
ketegangan kerja yang mereka alami di SMT-SMT yang terlibat. Subjek bagi kajian
adalah tujuh ratus dua puluh guru daripada sebelas SMT di negeri Perlis, Kedah dan
Pulau Pinang. Data bagi kajian diperolehi melalui dua soal selidik yang ditadbirkan
kepada semua guru berkenaan. Seramai lima ratus tujuh guru telah menjawab keduadua
selidik tersebut. Satu proses temuduga berstruktur dijalankan sebagai satu lagi
kaedah bagi memungut data kajian. Dua puluh lima guru telah dipilih melalui proses
persampelan rawak berstrata sebagai responden temuduga daripada tiga kumpulan
guru yang terlibat. Statistik deskriptif, analisis varian (ANOV A Satu Hala), statistik
korelasi "Pearson Product-Moment Correlation Coefficients" telah digunakan dalam
proses menganalisis data kajian. Statistik deskriptif (kekerapan dan peratusan, min)
telah digunakan untuk menaksir persepsi guru-guru SMT dalam kajian terhadap enam
dimensi "empowerment"; mengenalpasti dan menganalisis faktor-faktor dan tahap
ketegangan kerja guru-guru dalam kajian. Analisis varian (ANOV A Satu Hala)
dijalankan untuk mengkaji perbezaan yang signifikan di antara tiga kumpulan guru di
dalam kajian dengan enam dimensi "empowerment".
The purposes of this study were to explore the perceptions of secondary
technical school teachers (STS) toward the dimensions of empowerment ~nd to
identify the factor and level of job stress experienced by them in the selected
secondary technical schools. The subjects for the study were seven hundreds and
twenty teachers from eleven secondary technical schools in Perlis, Kedah and Pulau
Pinang. The data for the study were collected using two questionnaires administered
to all teachers. Five hundred and seven teachers responded to the survey
questionnaires. A structured interview process was conducted as another source of
data collection. Twenty five teachers were selected through a stratified random
sampling process as the interview respondents from three group of teachers in every
school involved. Descriptive statistics, analysis of variance (One-Way ANOVA),
Pearson Product-Moment correlation coefficients were used to analyse the research
data. Descriptive statistics (frequencies, percentages, means) were used to interpret
the perceptions of teachers toward six dimensions of empowerment; to identify and
analyse the factors and level of job stress among teachers in the study. |
---|