Pengekspresian dan Kajian Imunologi Ke Atas Gen mtp40 Daripada Mycobacterium tuberculosis

Pembangunan vaksin yang berkesan adalah dianggap satu kaedah utama dalam kawalan terhadap tuberkulosis di seluruh dunia. Fokus utama projek ini ialah protein MTP40 pada M. tuberculosis yang telah di/aporkan sebelum ini mengandungi keduadua epitop sel S dan sel T. Dalam kajian ini gerak balas keim...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ismail, Aziah
Format: Thesis
Language:English
Published: 2001
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/36734/1/aziah_ismail.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pembangunan vaksin yang berkesan adalah dianggap satu kaedah utama dalam kawalan terhadap tuberkulosis di seluruh dunia. Fokus utama projek ini ialah protein MTP40 pada M. tuberculosis yang telah di/aporkan sebelum ini mengandungi keduadua epitop sel S dan sel T. Dalam kajian ini gerak balas keimunan terhadap 7 peptida yang diterbitkan daripada protein MTP40 dalam M. tuberculosis telah diuji dengan kaedah "enzyme linked immunosorbent assay" (ELISA) dan "Iymphoblastic transformation test" (L TT) menggunakan spesimen pesakit TS (TS), individu yang terdedah kepada TS tanpa gejala (HC) dan individu kawalan (NC). Gerak balas antibodi terhadap peptida MTP40 secara umumnya didapati lebih tinggi dalam kumpulan TS berbanding dengan kumpulan HC tetapi hanya peptida P1 dan P2 yang memberikan perbezaan yang signifikan pada kedua-dua kumpulan tersebut. Di samping itu, gerak balas limfosit terhadap peptida tersebut adalah lebih tinggi di kalangan individu kumpulan HC berbanding dengan kumpulan TS di mana P1, P2, P5 dan P6 memberikan perbezaan yang signifikan. Keputusan ini mencadangkan MTP40 mung kin bergunak sebagai calon vaksin. Kajian lanjut telah dilakukan dengan lebih mendalam untuk mengkaji kemungkinan ini. Gen