Kajian Bioremediasi Rumpai Laut Merah (Gracilaria Changii) Ke Atas Bahan Buangan Ternakan Ikan Tilapia Nile (Oreochromis Niloticus) Dan Ikan Siakap Asia (Lates Calcarifer)

Kajian yang dijalankan adalah bagi menentukan keupayaan Gracilaria changii (rumpai laut merah) bertindak sebagai agen bioremediasi di dalam kultur ikan tilapia Nile (Oreochromis niloticus) dan ikan siakap Asia (Lates calcarifer). Kajian ini juga dijalankan untuk menilai potensi mewujudkan sistem...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Md. Nor, Adibi Rahiman
Format: Thesis
Language:English
Published: 2011
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/40439/1/Adibi_Rahiman_bin_Md._Nor__24MS_HJ.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian yang dijalankan adalah bagi menentukan keupayaan Gracilaria changii (rumpai laut merah) bertindak sebagai agen bioremediasi di dalam kultur ikan tilapia Nile (Oreochromis niloticus) dan ikan siakap Asia (Lates calcarifer). Kajian ini juga dijalankan untuk menilai potensi mewujudkan sistem pengkulturan bersepadu antara ikan dan rumpai laut bagi tujuan mengatasi pencemaran sisa buangan daripada aktiviti akuakultur. Bagi tujuan tersebut, keupayaan G. changii membebaskan oksigen yang diperlukan oleh ikan dan kebolehannya bertindak sebagai penapis NH4+, NO3- dan PO43- hasil bahan kumuhan ikan serta jumlah keperluan oksigen oleh ikan ditentukan. Kebolehan G. changii bertindak sebagai penapis bahan buangan tak organik daripada ikan kemudiannya dibandingkan dengan keupayaan penapis tak organik oleh mikrob dalam Sistem Akuakultur Kitar Semula (RAS). Hasil kajian mendapati bahawa ammonium (NH4+) adalah merupakan sumber N yang lebih digemari oleh G. changii berbanding nitrat (NO3-). Jumlah 50 μM NH4+-N yang dibekalkan setiap tiga hari adalah mencukupi untuk menampung keperluan N untuk 1.0gbb hingga 5.0 gbb G .changii. Kadar Pertumbuhan Spesifik bagi 1.0 gbb G. changii yang diberikan 50 μM NH4+-N adalah yang paling tinggi dengan nilai 2.45 ± 0.78 %h-1 berbanding 1.92 ± 0.44 %h-1 bagi 5.0 gbb G. changii dan 0.52 ± 0.41 %h-1 bagi 20.0gbb G. changii. O. niloticus walau pun dikenali sebagai ikan omnivorous, ia didapati tidak memakan G. changii dan didapati pengambilan oksigen meningkat apabila diberi makanan dan menjadi lebih aktif.