Characterization of Filled Epoxy Thin Film Composites for Dielectric Application

Dalam kajian ini, sifat dielektrik, mekanikal dan terma komposit filem nipis epoksi terisi pelbagai jenis pengisi telah dikaji. Bahan pengisi dan epoksi disediakan dengan menggunakan pencampuran ultrasonik dan komposit filem nipis difabrikasi dengan kaedah lapisan putaran. Dalam peringkat petama, ko...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Poh , Chen Ling
Format: Thesis
Language:English
Published: 2015
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/40756/1/Characterization_of_Filled_Epoxy_Thin_Film_Composites_for_Dielectric_Application.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Dalam kajian ini, sifat dielektrik, mekanikal dan terma komposit filem nipis epoksi terisi pelbagai jenis pengisi telah dikaji. Bahan pengisi dan epoksi disediakan dengan menggunakan pencampuran ultrasonik dan komposit filem nipis difabrikasi dengan kaedah lapisan putaran. Dalam peringkat petama, komposit filem nipis epoksi terisi mineral kalsium karbonat (mineral CaCO3) dan kalsium karbonat termendak (CaCO3 termendak) telah dikaji. Adalah didapati bahawa CaCO3 termendak mempamerkan sifat dielektrik dan kekuatan tensil yang lebih baik manakala mineral CaCO3 mempamerkan sifat terma dan moduli yang lebih baik. Dalam peringkat kedua, sifat bagi pelbagai jenis pengisi (CaCO3 termendak, barium titanat (BaTiO3) and tiubnano karbon berbilang dinding (MWCNT)) telah dikaji. Adalah didapati bahawa BaTiO3 dan MWCNT mempamerkan sifat dielektrik dan kemuatan yang lebih baik dibandingkan dengan CaCO3 termendak. Memandangkan sifat dielektrik dan kemuatan adalah penting untuk kegunaan kapasitor, MWCNT dipilih untuk kajian kefungsian dalam peringkat ketiga. Rawatan MWCNT oleh pelbagai jenis kefungsian mengunakan polioksietilena oktil fenil eter (Triton X-100), natrium dodesil sulfat (SDS), and 3-(aminopropil)trietoksil silana (AMPTES)) digunakan untuk merawat MWCNT. Adalah didapati bahawa rawatan MWCNT mempunyai sifat dielektrik dan mekanikal lebih baik daripada MWCNT tanpa rawatan. Sifat dielektrik yang lebih kurang sama diperhatikan dalam perbandingan bagi dua jenis epoksi (OP 392 epoksi dan DER 332 epoksi) dengan 1.5 vol% MWCNT tanpa rawatan dan MWCNT dengan rawatan oleh Triton X-100 dan SDS. Komposit filem nipis OP 392 epoksi mempamerkan suhu peralihan kaca (Tg) yang tinggi dan kekuatan tensil yang lebih rendah dibandingkan dengan komposit filem nipis DER 332 epoksi. Secara keseluruhannya, komposit filem nipis epoksi terisi MWCNT dengan rawatan oleh Triton X-100 adalah bahan yan paling sesuai untuk kegunaan dielektrik. __________________________________________________________________________________________________________________________ In this research, dielectric, mechanical and thermal properties of various types of fillers filled epoxy thin film composites were studied. The fillers and epoxy were prepared using ultrasonic mixing and the thin film composites were fabricated using spin coating method. In the first stage, the properties of mineral calcium carbonate (mineral CaCO3) and precipitated calcium carbonate (precipitated CaCO3) filled epoxy thin film composites were investigated. It was found that precipitated CaCO3 exhibited higher dielectric properties and tensile strength than mineral CaCO3 whereas mineral CaCO3 exhibited higher thermal properties and modulus than precipitated CaCO3. In the second stage, the properties of various types of fillers (precipitated CaCO3, Barium titanate (BaTiO3) and multi-walled carbon nanotube (MWCNT)) were investigated. It was found that BaTiO3 and MWCNT exhibited higher specific capacitance and dielectric constant than precipitated CaCO3. Since dielectric and capacitance properties are important for the capacitor application, MWCNT was chosen in the functionalization study in the third stage. Various types of functionalization using polyoxyethylene octyl phenyl ether (Triton X-100), sodium dodecyl sulfate (SDS), and 3-(aminopropyl) triethoxy silane (AMPTES) treated MWCNT were used to treat MWCNT. It was found that treated MWCNT had improvement in dielectric and mechanical properties. Slightly similar dielectric properties were observed in the comparison of two different epoxies (DER 332 epoxy and OP 392 epoxy) with 1.5 vol% untreated MWCNT and Triton X-100 and SDS treated MWCNT. OP 392 epoxy thin film composites exhibited higher glass transition temperature (Tg) and lower tensile strength compared to that of DER 332 epoxy thin film composites. Overall, Triton X-100 treated MWCNT filled OP 392 epoxy thin composite is the most suitable material for the dielectric application.