Preparation of Poly (LACTIC ACID) (PLA) Microspheres for Drug Delivery System
Poli(asid laktik) (PLA) mikrosfera telah berjaya disediakan melalui kaedah emulsi dan pemeruapan pelarut (ESE). Taburan saiz partikel (PSD) mikrosfera yang diperoleh adalah dalam lingkungan 1 - 250 μm, merupakan lingkungan saiz yang boleh diterima bagi penghantaran jenis suntikan “parenteral”. Kaeda...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2015
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.usm.my/40768/1/Preparation_of_Poly_%28LACTIC_ACID%29_%28PLA%29_Microspheres_for_Drug_Delivery_System.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Poli(asid laktik) (PLA) mikrosfera telah berjaya disediakan melalui kaedah emulsi dan pemeruapan pelarut (ESE). Taburan saiz partikel (PSD) mikrosfera yang diperoleh adalah dalam lingkungan 1 - 250 μm, merupakan lingkungan saiz yang boleh diterima bagi penghantaran jenis suntikan “parenteral”. Kaedah “shake flask” dibuktikan sebagai teknik alternatif untuk menentukan kebolehlaksanaan pengkapsulan sesuatu ESE sistem. Dalam projek ini, pasangan pelarut diklorometana-air telah digunakan dalam sistem shake flask untuk mensimulasikan sistem ESE, dan Rhodamine B telah digunakan sebagai model ubat sepanjang projek ini. Parameter yang dikaji dalam fabrikasi mikrosfera adalah kepekatan PLA, kepekatan PVA dan nisbah isipadu fasa teragih (DP). Kesan parameter pada PSD, morfologi permukaan dan kecekapan pengkapsulan telah dinilai. Formulasi optimun adalah pada 25% DP, 15% PLA dan 1% PVA, yang mana hasil mikrosfera tertinggi diperolehi dengan penggunaan PVA terendah dalam ESE sistem dan taburan partikel saiz diperolehi dalam 1- 50 μm. Bagi formulasi ini, pembusaan emulsi telah diperhatikan semasa pengacauan dalam proses pengemulsian. Dicadangkan bahawa, titisan yang tersebar dalam emulsi lebih cenderung berada dalam struktur buih yang seterusnya memberikan kestabilan tambahan antara titisan atau partikel separuh keras tersebut. Teknik hidrolisis pengaruh pemangkin telah digunakan untuk mengubahsuaian permukaan mikrosfera. Kajian atas sifat-sifat permukaan dan pukal telah dijalankan untuk mengesahkan keberkesanan teknik hidrolisis. Secara keseluruhan, faktor-faktor termasuk skala masa, jenis pemangkin dan kepekatan pemangkin harus dimanipulasi untuk mendapatkan sifat permukaan yang dikehendaki (contohnya, hidrofilik, caj dan morfologi permukaan) dengan ubah bentuk sifat pukal mikrosfera yang minimum.
________________________________________________________________________________________________________________________
Poly (lactic acid) (PLA) microspheres were fabricated through emulsion and solvent evaporation (ESE) technique. The particle size distributions (PSD) of microspheres obtained were in the range of 1- 250 μm, as within the range of acceptable size in parenteral injection. A shake flask method was demonstrated as an alternative technique to determine the encapsulation feasibility of an ESE system. Herein, dichloromethane-water solvent pair was used in shake flask system in order to simulate ESE system, and Rhodamine B was utilized as model drug throughout the project. In the fabrication of microspheres, the studies parameters were included PLA concentration, PVA concentration and dispersed phase volume ratio (DP). The effect of parameters on PSD range, surface morphology and encapsulation efficiency were evaluated. The optimum formulation was at 25 % DP, 15 % PLA and 1 % PVA, wherein the highest output of microspheres obtained at lowest PVA consumption in the system and narrow PSD obtained in range 1- 50 μm. In this formulation, extensive foaming of emulsion was observed during the emulsification process. It was suggested that the dispersed droplets tend to stay within the foam structure which further provide extra stabilization between droplets or partial solidified particles. The surfaces of microspheres were modified through catalytic induced hydrolysis technique. The surface and bulk properties of treated microspheres were investigated to verify the effectiveness of hydrolysis technique. Results demonstrated that the factors included timescale, type of catalyst and concentration should be manipulated in order to obtain the desired surface properties (e.g. hydrophilicity, surface charges and surface morphology) with minium deformation in microspheres bulk propertie.
|
---|