Pengekalan Dan Perubahan Identiti Komuniti Cina Peranakan Kelantan: Satu Kajian Kes Di Kampung Pasir Parit, Pasir Mas, Kelantan

Kajian tentang pembinaan identiti satu-satu komuniti semakin penting kepada negara berbilang bangsa, termasuk Malaysia. Tesis ini memberi tumpuan kepada bagaimana komuniti Cina Peranakan Kelantan mengidentifikasikan diri mempunyai kesan besar ke atas isu perpaduan di Malaysia dan di Kelantan khususn...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abdullah, Mohd Shahrul Imran Lim
Format: Thesis
Language:English
Published: 2013
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/43836/2/Mohd%20Shahrul%20Imran%20Lim%20Abdullah24.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian tentang pembinaan identiti satu-satu komuniti semakin penting kepada negara berbilang bangsa, termasuk Malaysia. Tesis ini memberi tumpuan kepada bagaimana komuniti Cina Peranakan Kelantan mengidentifikasikan diri mempunyai kesan besar ke atas isu perpaduan di Malaysia dan di Kelantan khususnya. Tesis ini bertujuan untuk mengkaji pengekalan dan perubahan identiti komuniti Cina Peranakan Kelantan di Kampung Pasir Parit, Pasir Mas, yang telah berakulturasi dengan penduduk di persekitaran mereka. Peranakan Cina adalah kumpulan sub-etnik Cina yang unik di Malaysia. Mereka adalah hasil akulturasi yang berpunca daripada interaksi sosial dengan orang Melayu. Akulturasi dalam konteks kajian ini merujuk kepada penerimaan dalam kalangan golongan peranakan ini ciri budaya golongan dominan. Akibat akulturasi itu, Cina Peranakan di Malaysia dianggap orang Cina totok sebagai ’separuh Cina separuh Melayu’. Mereka sebenarnya telah membentuk komuniti hibrid yang berkembang secara tersendiri. Tesis ini meneliti identiti orang Cina di Malaysia dengan menggunakan konsep epistemologi dengan metodologinya membahagikan mereka kepada kategori mengikut sifat pengetahuan. Dua kategori tulisan itu telah diidentifikasi dan dibezakan kepada jenis pengetahuan “author-oriented” dan “actor-oriented”. Dapatan juga diperoleh daripada temu bual mendalam (150 responden), Perbincangan Kumpulan Berfokus (100 orang) dan menyedia borang soal selidik (100 borang) yang telah dijalankan penulis di Kampung Pasir Parit, Pasir Mas. Dapatan kajian ini menunjukkan kewujudan komuniti Cina Peranakan Kelantan boleh dikaitkan dengan kombinasi tiga faktor.