Budaya Dalam Puisi-Puisi Muhammad Haji Salleh: Kajian Teori Sastera Budaya

Tujuan kajian ini dijalankan ialah untuk mengkaji dan menganalisis aspek-aspek budaya yang terdapat di dalam puisi-puisi Sasterawan Negara, Muhammad Haji Salleh. Kajian ini merangkumi puisi-puisi yang terdapat di dalam sebelas antologi puisi ciptaan Muhammad Haji Salleh dari tahun 1974 hingga 2008....

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abdullah, Muhammad Irfan Nyia
Format: Thesis
Language:English
Published: 2013
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/43842/1/Muhammad%20Irfan%20Nyia%20Bin%20Abdullah24.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan kajian ini dijalankan ialah untuk mengkaji dan menganalisis aspek-aspek budaya yang terdapat di dalam puisi-puisi Sasterawan Negara, Muhammad Haji Salleh. Kajian ini merangkumi puisi-puisi yang terdapat di dalam sebelas antologi puisi ciptaan Muhammad Haji Salleh dari tahun 1974 hingga 2008. Semua antologi puisi ini dipilih kerana puisi-puisi yang terkandung di dalamnya memperlihatkan kreativiti, keilmuan dan imaginasi penyair yang tinggi. Antaranya, sajak-sajak pendatang (1974), dari seberang diri (1982), sebuah unggun di tepi danau (1996), salju shibuya (2004) dan setitik darah di bilik bundar (2008). Kajian ini menggunakan kaedah penelitian kepustakaan, melibatkan pembacaan dan pengumpulan sumber-sumber yang berkaitan puisi-puisi Muhammad Haji Salleh, dan kaedah temu bual tidak berstruktur dengan subjek yang dikaji dan individu-individu yang mengenali beliau. Teori Sastera Budaya dipilih untuk menganalisis puisi-puisi Muhammad Haji Salleh dan memperlihatkan aspek-aspek budaya yang terkandung di dalam puisi-puisi tersebut. Kajian aspek-aspek budaya di dalam puisi-puisi Muhammad Haji Salleh disandarkan kepada tiga tema utama iaitu Manusia dengan Manusia, Manusia dengan Tuhan dan Manusia dengan Alam. Hasil kajian mendapati puisi-puisi Muhammad Haji Sallleh mengajak khalayak pembaca mengamalkan ‘budaya perubahan pemikiran’ supaya mampu bersaing di persada dunia, dan menggambarkan kekaguman beliau terhadap bangsa barat yang mementingkan budaya ilmu. Hasil kajian juga mendapati Muhammad Haji Salleh membawa mesej yang jelas tentang nilai-nilai positif berkaitan budaya kerja bangsa Jepun yang jauh lebih baik daripada bangsa Barat yang sepatutnya dijadikan model oleh bangsa dunia. Kajian turut menemui puisi-puisi Muhammad Haji Salleh memaparkan budaya beragama manusia sejagat sebelum kedatangan dan selepas kedatangan agama Islam yang berkait rapat dengan persejarahan, nilai-nilai dan amalan yang dituntut oleh agama. Kajian ini juga menunjukkan puisi-puisi Muhammad Haji Salleh memperlihatkan hubungan erat manusia sejagat dengan alam. Melalui puisi, Muhammad Haji Salleh berusaha mendidik bangsa dunia supaya melaksanakan usaha pemuliharaan dan pemeliharaan alam demi kepentingan generasi masa hadapan. Menerusi kajian aspek-aspek budaya dalam puisi-puisi Muhammad Haji Salleh, khalayak pembaca diketengahkan nilai sejagat dan nilai-nilai murni yang bersangkutan perhubungan manusia dengan manusia, manusia dengan tuhan dan manusia dengan alam. Kajian budaya yang berkaitan dengan bangsa dunia harus diperbanyakkan kerana banyak rahsia kejayaan bangsa dunia dapat dicungkil dan diketengahkan sebagai teladan kepada masyarakat serta pemimpin untuk membangunkan negara.