Penaksiran kesakitan bersalin oleh jururawat perbidanan di wad bersalin HUSM
PENGENALAN: Pengurusan kesakitan ibu semasa bersalin sememangnya menjadi tanggungjawab utama jururawat perbidanan bagi memastikan ibu mengalami pengalaman kelahiran yang positif dan pencapaian kualiti perkhidmatan yang optima. Ini kerana penaksiran kesakitan yang sesuai dan tepat amat penting dal...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2004
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.usm.my/44234/1/LI...Intan%20Idiana%20BT%20Hassan...2004...-24%20pages.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | PENGENALAN: Pengurusan kesakitan ibu semasa bersalin sememangnya menjadi
tanggungjawab utama jururawat perbidanan bagi memastikan ibu mengalami pengalaman
kelahiran yang positif dan pencapaian kualiti perkhidmatan yang optima. Ini kerana
penaksiran kesakitan yang sesuai dan tepat amat penting dalam melahirkan pengurusan
kesakitan yang berkesan. Oleh kerana kesakitan adalah sesuatu yang subjektif dan sukar
diukur secara objektif, kebanyakan kajian melaporkan sering berlaku ketidaktepatan dalam
penaksiran kesakitan iaitu penaksiran jururawat sering terkurang atau terlebih daripada
persepsi kesakitan sebenar yang dirasai ibu. OBJEKTIF: 1. tvlengetahui kaedah
penaksiran intensiti kesakitan yang dipraktiskan oleh jururawat perbidanan di wad bersalin
HUSM semasa fasa panjang dan aktif peringkat pertama kelahiran. 2. Membandingkan
keputusan penaksiran intensiti kesakitan di antara jururawat perbidanan dengan persepsi
kesakitan ibu. 3. Mengenalpasti faktor-faktor yang mempunyai hubungkait dengan basil
taksiran yang dilakukan oleh jururawat perbidanan. METODOLOGI: Kajian ini terdiri
daripada 30 orang jururawat perbidanan dan 60 orang ibu yang memenuhi kriteria kajian
ini. Kesemua ibu ini diperlukan untuk menandakan intensiti kesakitan yang dialami
menggtmakan alat ukuran skala intensiti kesakitan grafik VAS. Pada masa yang sama
jururawat perbidanan akan menaksir tahap kesakitan ibu berdasarkan kaedah yang
digunakan dengan menggunakan skala yang sama. KEPUTUSAN: Dalam kajian ini
didapati jururawat perbidanan telah menggunakan kedua-dua kaedah penaksiran iaitu
secara verbal dan bukan verbal. Didapati juga penaksiran di antara jururawat perbidanan
adalah bertepatan dengan persepsi ibu pada keseluruhan kesakitan bersalin (r = 0.618).
Meskipun begitu apabila dianalisa dari aspek tahap kesakitan proses bersalin, didapati
berlaku juga penaksiran yang terkurang (underestimate) atau terlebih (overestimate) pada
tahap kesakitan yang sedikit, paling sakit dan tiada sakit. Namun daripada analisa data,
mentmjukkan faktor - faktor dari aspek jururawat perbidanan ini, tidak memptmyai
perkaitan yang signifikan dengan ketepatan penaksiran kesakitan yang dilakukan.
KESil\'lPULAN: Jururawat perbidanan di Wad Bersalin HUSM mengamalkan kaedah
penaksiran intensiti kesakitan yang berkesan iaitu melibatkan gabtmgan kedua-dua kaedah
penaksiran secara verbal dan bukan verbal. W alauptm jururawat perbidanan dalam kajian
ini berupaya menaksir kesakitan ibu dengan tepat mengikut persepsi kesakitan ibu, namtm
perkaitatlllya terhadap fak1or jururawat seperti tunur, pengalaman, bilangan anak, kursus
pengurusan kesakitan dan kaedal1 penaksiran secara statistiknya adalah tidak signifikan. |
---|