Pengetahuan dan praktis jururawat semasa mentafsir kesakitan angina di wad perubatan

Objektif Mengetahui pengetahuan asas jururawat berkaitan kesakitan dada dan praktis jururawat semasa menerima aduan kesakitan dada dari klien di wad perubatan. Faktor ini disebabkan jururawat memainkan peranan panting dalam penaksiran dan pengurusan semasa menerima aduan kesakitan dada daripada...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Lai, Chu Be
Format: Thesis
Language:English
Published: 2003
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/44643/1/PTA...Pengetahuan%20Dan%20Praltis%20Jururawat%20Semasa%20Mentafsir%20Kesakitan%20Angina%20Di%20Wad%20Perubatan...2003...-24%20pages.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Objektif Mengetahui pengetahuan asas jururawat berkaitan kesakitan dada dan praktis jururawat semasa menerima aduan kesakitan dada dari klien di wad perubatan. Faktor ini disebabkan jururawat memainkan peranan panting dalam penaksiran dan pengurusan semasa menerima aduan kesakitan dada daripada klien sebelum kesakitan tersebut dilaporkan kepada Pegawai Perubatan. Kajian ini telah dijalankan diwad Perubatan 7 Selatan, 7 Utara dan 8 Selatan. Kaedah Kajian Kajian yang dijalankan berbentuk soalan dimana jururawat dan Ketua Jururawat di wad Perubatan seramai 50 orang diberikan soalan berdasarkan pengetahuan dan praktis semasa menerima aduan kesakitan dada dari klien. Keputusan Kajian Keputusan kajian mengenai pengetahuan berkaitan kesakitan dada dan angina daripada 50 sampel didapati 70-90% responden memberi jawapan yang betul manakala 64-76°/o daripada responden melakukan tindakan yang betul semasa menerima aduan kesakitan dada dan angina. Walau bagaimanapun tiada hubungan statitik yang significant diantara pengetahuan dan praktis responden. Keputusan juga menunjukkan bahawa tindakan dan praktis jururawat semasa aduan sakit dadadan angina tidak m empunyai keseragaman yang tepat pad a setiap tindakan dan praktis yang diamalkan oleh mereka. Cadangan Jururawat diberi pengetahuan dan maklumat tambahan mengenai kesakitan angina dan cara mentafsir kesakitan angina mengikut carta khas yang diserangam ke seluruh wad perubatan. Bagi jururawat yang berminat menyambung pendidikan pihak pengurusan seharusnya mengalu-alukan hal tersebut kerana hasil kajian menunjukkan jururawat yang mempunyai kursus pas basik iaitu Diploma pengkhususan dan Rawatan Koronori lebih berpengetahuan semasa menilai dan mentafsir kesakitan angina di kalangan klien. Kesimpulan Berdasarkan kepada keputusan kajian, menunjukkan bahawa sememangnya jururawat tidak mempunyai ketidakseragaman dalam mentafsir dan melakukan praktis semasa menerima aduan kesakitan dada dari klien. Majoriti jururawat melakukan tindakan hanya berdasarkan amalan tanpa pengetahuan.