Dilute Sulfuric Acid Hydrolysis Of Red Macroalga Eucheuma Denticulatum With Microwaveassisted Heating For Biochar And Bioethanol Production
Eucheuma denticulatum ialah sejenis makroalga merah yang berpotensi sebagai stok suapan untuk penghasilan biotenaga kerana makroalga ini mengandungi kandungan karbohidrat yang tinggi, mudah diperolehi serta proses penghasilan hanya menggunakan tanah yang sedikit. Oleh sebab kandungan karbohidrat...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2018
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.usm.my/44679/1/Dilute%20Sulfuric%20Acid%20Hydrolysis%20Of%20Red%20Macroalga%20Eucheuma%20Denticulatum%20With%20Microwaveassisted%20Heating%20For%20Biochar%20And%20Bioethanol%20Production.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Eucheuma denticulatum ialah sejenis makroalga merah yang berpotensi sebagai stok
suapan untuk penghasilan biotenaga kerana makroalga ini mengandungi kandungan
karbohidrat yang tinggi, mudah diperolehi serta proses penghasilan hanya
menggunakan tanah yang sedikit. Oleh sebab kandungan karbohidrat yang tinggi,
makroalga boleh dihidrolisiskan menjadi gula mudah ditapai dan ditukar kepada
bioetanol oleh mikroorganisma semulajadi. Walau bagaimanapun, pemanasan haba
konvensional yang memindahkan haba dari permukaan ke pusat bahan menjadikan
proses pemanasan agak lambat dan tidak cekap. Oleh itu, masa pemanasan yang
berpanjangan telah mengurangkan kuantiti gula dan meningkatkan pula penghasilan
produk sampingan yang boleh menjejaskan proses penapaian seterusnya. Dalam
kajian ini, hidrolisis asid dengan pemanasan gelombang mikro dijalankan dalam
ketuhar gelombang mikro pada frekuensi 2.45 GHz dan kuasa 800W. Dengan
pemanasan dielektrik gelombang mikro, ia bukan sahaja dapat menangani masalah
yang dibangkitkan di atas, malahan ia dapat meningkatkan prestasi proses hidrolisis
dan menghasilkan bioarang, gula dan bahan kimia yang bernilai tinggi daripada
makroalga. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengkaji sifat-sifat bioarang yang
dihasilkan sebagai sumber biotenaga selepas makroalga melalui proses hidrolisis
gelombang mikro. Proses hidrolisis dijalankan pada kepekatan asid sulfurik 0.1M
dan 0.2M, suhu pemanasan antara 150-170 °C dan masa pemanasan selama 10 minit.
Kualiti bioarang yang dihasilkan didapati lebih baik dengan peningkatan kandungan
karbon unsur dan kandungan abu dan lembapan yang lebih rendah. Nilai kalori
bioarang dapat ditingkatkan sehingga 45%, dan 39% hasil tenaga dapat dipulih
kembali. Selain daripada bioarang, kepekatan gula dan produk sampingan juga
ditentukan dan seterusnya ditukarkan kepada bioetanol. Hasil gula sebanyak 74.84%
(51.47 g/L) dan produk 5-HMF yang berjumlah 0.20 g/L telah dicapai apabila
biomassa dihidrolisiskan pada suhu 160 °C dengan kepekatan asid sulfurik 0.1M.
Hasil bioetanol yang diperolehi adalah sebanyak 0.33 g/g (64.21%). Sebagai
kesimpulan, hidrolisis dengan larutan acid sulfurik dalam sistem pemanasan
gelombang mikro berpotensi untuk menghasilkan biotenaga, bioarang yang kaya
dengan nutrien sebagai penambahbaik tanah dan bahan kimia yang bernilai tinggi.
_______________________________________________________________________________________________________
Eucheuma denticulatum is a type of red macroalgae which are considered as
potential feedstock for biofuel production due to high carbohydrate content, ease of
availability and low arable land usage. Being such abundant in carbohydrates,
macroalgae can be hydrolysed into fermentable sugars and converted to bioethanol
by natural microorganims. However, the conventional thermal heating that delivers
heat from the surface to center of a material is comparatively slow and inefficient. As
a result, the longer heating time gives rise to a dramatic reduction of reducing sugars
but higher content of by-products, consequently inhibiting the subsequent
fermentation. In this study, acid hydrolysis with microwave-assisted heating of
macroalga was conducted in a 2.45 GHz microwave oven with 800W of power. The
rapid and efficient of dielectric heating effect of microwave-assisted heating could
address aforementioned problem, enhance the hydrolysis process and co-produce
biochar, reducing sugars and valuable chemicals. This study was set out to study the
properties of biochar as a source of biofuel after macroalga was subjected to
microwave-assisted hydrolysis. The hydrolysis reactions were operated at sulfuric
acid concentrations of 0.1M and 0.2M, reaction temperatures of 150–170 °C and a
heating time of 10 min. The produced biochars were characterized and it was found
that biochar qualities were improved with increased elemental carbon content and
lower ash and moisture contents. The calorific value of the biochar was intensified
up to 45%, and 39% of energy yield was recovered. Apart from biochar, the
concentrations of reducing sugars and by-product of hydrolysate were also
determined and subsequently converted to bioethanol. The highest total reducing
sugars were 51.47 g/L (74.84% yield) along with a low by-product 5-HMF of 0.20
g/L, when the biomass was treated under the conditions at 160 °C with 0.1M H2SO4.
The ethanol yield obtained was 0.33 g/g, which corresponded to a 64.21% of yield.
As a conclusion, acid hydrolysis with microwave-assisted acid hydrolysis has its
great potential applications for the production of bioenergy, nutrient-rich biochar for
soil amelioration and value-added chemicals. |
---|