Kesan Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Inkuiri Terhadap Pencapaian Dan Pengetahuan Geografi, Motivasi Dan Perlakuan Inkuiri Pelajar Berbeza Pencapaian: Satu Kajian Eksperimen
Kajian ini bertujuan mengenal pasti kesan pendekatan Pembelajaran Berasaskan Inkuiri terhadap prestasi pencapaian geografi pelajar, pengetahuan geografi, perlakuan inkuiri dan motivasi kumpulan pelajar berbeza pencapaian. Kajian ini menggunakan kaedah kuasi eksperimen kumpulan kawalan tidak se...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2013
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.usm.my/45162/1/Nik%20Mohd%20Zaki%20Bin%20Nik%20Mohamed24.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan mengenal pasti kesan pendekatan Pembelajaran Berasaskan
Inkuiri terhadap prestasi pencapaian geografi pelajar, pengetahuan geografi,
perlakuan inkuiri dan motivasi kumpulan pelajar berbeza pencapaian. Kajian ini
menggunakan kaedah kuasi eksperimen kumpulan kawalan tidak setara dengan reka
bentuk faktorial 3 x 2. Lima orang guru dan 150 orang pelajar daripada tiga buah
sekolah di daerah Bera, Pahang terlibat dalam kajian ini. Kumpulan eksperimen
telah diberikan olahan pengajaran menggunakan dua model inkuiri iaitu Kitar
Pembelajaran 5E dan Inkuiri Geografi 5W. Kumpulan dengan olahan pembelajaran
selain inkuiri berfungsi sebagai kumpulan kawalan. Data untuk mengukur
pencapaian dan pengetahuan geografi pelajar dalam satu topik pengajaran yang
identikal diperoleh menggunakan instrumen ujian. Data berkaitan tingkah laku
inkuiri pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran diperoleh menggunakan
Inquiry Observation Protocol. Selain itu, satu set borang soal selidik digunakan
untuk memperoleh data motivasi pelajar yang telah menerima olahan Pembelajaran
Berasaskan Inkuiri. Dari aspek prestasi pencapaian geografi, analisis ANCOVA dua
hala menunjukkan perbezaan yang signifikan di antara kumpulan olahan dan
perbezaan pencapaian pelajar. Walau bagaimanapun, terdapat kesan interaksi yang
signifikan antara faktor utama kaedah pengajaran dan perbezaan pencapaian pelajar
ke atas prestasi pencapaian geografi. |
---|