Konsep Niat Berteraskan Islam Dalam Tingkah Laku Kepatuhan Zakat Pendapatan

Zakat pendapatan merupakan satu ibadah yang mempunyai keistimewaan dan keunikan dalam pelaksanaannya. Ia bukan sahaja ibadah yang mempunyai nilai hubungan ketuhanan, malah merangkumi nilai kemanusiaan melalui aspek muamalatnya. Oleh sebab ibadah zakat pendapatan ini merangkumi bidang ibadah dan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Othman, Khairul Bariyah
Format: Thesis
Language:English
Published: 2018
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/48201/1/KHAIRUL%20BARIYAH%20OTHMAN_hj.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Zakat pendapatan merupakan satu ibadah yang mempunyai keistimewaan dan keunikan dalam pelaksanaannya. Ia bukan sahaja ibadah yang mempunyai nilai hubungan ketuhanan, malah merangkumi nilai kemanusiaan melalui aspek muamalatnya. Oleh sebab ibadah zakat pendapatan ini merangkumi bidang ibadah dan muamalah, fatwa mewajibkan ibadah ini diakui telah mewujudkan peningkatan dalam jumlah kutipan dana zakat negara. Namun di sebalik peningkatan ini, setidaktidaknya wujud tiga permasalahan utama yang sering dibincangkan dalam kalangan sarjana-sarjana terdahulu hingga ke hari ini. Pertama ialah tentang aras kepatuhan yang masih rendah dalam kalangan muzzaki di Malaysia. Kedua ialah kefahaman terhadap kewajipan zakat pendapatan yang masih rendah. Ketiga iaitu kedudukan niat dalam urusan ibadah zakat pendapatan yang memberi kelangsungan kepada tingkah laku kepatuhan. Berdasarkan realiti ini, pelbagai kajian telah dijalankan bagi merungkaikan permasalahan yang timbul. Namun kajian-kajian terdahulu banyak didominasi oleh konsep-konsep niat dalam kepatuhan tingkah laku yang dibina berteraskan falsafah lazim yang dibangunkan oleh sarjana Barat. Timbul persoalan, setakat manakah komprehensifnya konsep niat yang diperkenalkan oleh teori-teori lazim ini sesuai untuk diguna pakai dalam kajian kepatuhan ibadah seperti zakat pendapatan dalam kalangan umat Islam? Adakah ia selari dengan tasawur Islam? Sekiranya tidak, bagaimana konsep niat yang sesuai untuk digunakan dalam merungkaikan isu niat ini. Justeru, kajian ini dilakukan adalah untuk mencapai tiga objektif yang telah ditetapkan.